AJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman - pakdin.my

Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, yang cedera ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali malam kelmarin, masih ditidurkan setelah pembedahan membuang peluru berjaya dilakukan.

Keadaannya juga dilaporkan semakin stabil dan tidak lagi perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

Adik ipar mangsa, Shazwan Razali, 33, berkata Kamarul Fadzreen yang juga sukarelawan polis, semakin stabil berbanding semalam.

“Kami bersyukur keadaannya semakin baik. Doktor memaklumkan keadaan abang ipar semakin stabil berbanding semalam dan kini sudah tidak menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Namun, dia masih perlu ditidurkan dan hanya keluarga terdekat dibenarkan melawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),” katanya menurut laporan BH, hari ini.

Sementara itu, ibu mangsa, Fadzliza Ilias, 53, berkata, anaknya memaklumkan mahu keluar bertemu rakannya di kedai nasi lemak kira-kira jam 10.15 malam.

Menurutnya, selepas sejam Kamarul Fadzreen keluar, bapanya, Kamaruzaman Latif, 59, menerima panggilan beberapa kali daripada rakan mangsa sebelum memaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya terkejut dan terus bergegas ke Hospital Pasir Mas. Pihak hospital memaklumkan Kamarul Fadzreen ditembak di bahagian dadanya dan ketika itu dia sudah tidak sedarkan diri,” katanya.

Fadzliza berkata, Kamarul Fadzreen selesai menjalani pembedahan membuang peluru di dada kira-kira jam 7 pagi semalam dan keadaannya kini semakin stabil.

Tambahnya, dia tidak mengetahui punca sebenar kejadian yang menimpa anaknya dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin, mangsa ditembak individu tidak dikenali ketika sedang menunggang motosikal di Jalan Aur Duri di Kampung Seberang Pasir Mas, Salor.

Kamarul Fadzreen bagaimanapun sempat menunggang motosikalnya sejauh 100 meter sebelum menghubungi rakan memaklumkan dia ditembak.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata suspek direman lima hari bermula semalam sehingga Khamis ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan

 

UTAMABERITAAJK Pemuda Umno Ketereh ditembak: Seorang lelaki direman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium