UtamaGAYA HIDUPSyarikat induk Facebook, Meta...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja - pakdin.my

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja.

Pemberhentian beramai-ramai itu berpunca daripada pengurangan mendadak nilai syarikat di tengah-tengah pasaran pengiklanan yang runtuh dan inflasi yang tinggi sejak beberapa dekad.

Pemberhentian kakitangan adalah antara “beberapa langkah” untuk “menjadi syarikat yang lebih kecil dan cekap”, Xinhua memetik ketua pegawai eksekutif Mark Zuckerberg sebagai berkata dalam mesej kepada pekerjanya.

Usaha lain termasuk mengurangkan ruang pejabat, mengurangkan perbelanjaan mengikut budi bicara dan melanjutkan pembekuan pengambilan pekerja ke suku pertama bagi mengurangkan perbelanjaan, menurut mesej yang disiarkan di laman sesawang syarikat itu pada Rabu.

Meta yang suatu masa bernilai lebih AS$1 trilion, kini bernilai AS$256 bilion selepas kehilangan lebih 70 peratus nilainya pada tahun ini sahaja.

Kos dan perbelanjaan syarikat melonjak 19 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga kepada AS$22.1 bilion.

Dalam mesej itu Zuckerberg menjelaskan Meta secara agresif mengambil pekerja yang ramai semasa wabak untuk menghadapi lonjakan penggunaan media sosial dan e-dagang. Namun, dagangan dalam talian merosot tahun ini dan kembali ke tahap pra-pandemik dengan pengiklan dan pengguna juga telah mengurangkan perbelanjaan.

Akibatnya, hasil syarikat “jauh lebih rendah daripada yang saya jangkakan.” Kata Zuckerberg, “Saya salah faham dan saya bertanggungjawab untuk itu.”

Perniagaan pengiklanan yang merupakan teras Meta terjejas berikutan saingan yang semakin sengit daripada pesaing baharu seperti TikTok.

Pemberhentian pekerja Meta juga berlaku di tengah-tengah pertaruhan besar yang belum pasti ke atas “metaverse.” Istilah ini merujuk kepada versi Internet masa depan yang diakses oleh set alat dengar realiti maya yang dipertingkat.

Pelaburan besar dalam metaverse telah menelan belanja AS$9.4 bilion syarikat itu tahun ini dan ia menjangkakan bahawa kerugian “akan meningkat dengan ketara tahun demi tahun.”

Seperti Meta, syarikat teknologi besar lain juga telah mengurangkan ribuan pekerja termasuk Twitter, Microsoft dan Snap.

Minggu lalu Twitter mengumumkan pemberhentian besar-besaran apabila pemilik baharunya Elon Musk mengambil alih syarikat itu. Saham Meta ditutup 5 peratus lebih tinggi pada Rabu.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...