UtamaPOLITIKRayuan Tajuddin ditolak, penggantungan...

Rayuan Tajuddin ditolak, penggantungan berkuatkuasa semalam - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Rayuan bekas ketua Umno bahagian Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman berhubung tindakan penggantungan keahliannya sebelum ini ditolak Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Ketua Penerangan Umno Isham Jalil, berkata permohonan Tajuddin itu bersandarkan kepada keputusan Lembaga Disiplin parti sebelum ini.

“Rayuan daripada Tajuddin hari tu dia digantung, rayuan dia telah ditolak. Penggantungannya dikuatkuasakan semalam 5 Januari 2023.

“Alasan-alasan disiplin (kerana penggantungan) seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Umno,” kata nya yang ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di Menara Dato’ Onn hari ini.

Sebelum ini, keahlian Tajuddin digantung selama enam tahun pada Oktober tahun lalu namun beliau memperlekehkan keputusan itu dengan mendakwa ia bukan “hukuman mat

Keputusan tersebut dibuat selepas beliau dilihat secara terbuka mengkritik Umno berikutan penyingkirannya sebagai ahli MKT pada Jun 2022.

Beliau juga menggesa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan selepas penyingkirannya.

Isham turut memaklumkan bahawa Umno bahagian Arau juga telah digantung atas faktor disiplin.

Katanya, satu ketua pentadbir akan dilantik bagi bahagian berkenaan.

Isham turut memaklumkan Ahli Jawatankuasa Umno Arau hanya boleh hadir ke Perhimpunan Agung Umno yang akan datang sebagai pemerhati.

Pada Nov lalu, Umno menggantung sementara dua ketua wanita bahagian, masing-masing dari Arau dan Maran, kerana didakwa menyokong calon yang menentang parti itu pada pilihan raya PRU15.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan dilaporkan berkata penggantungan Ketua Wanita Umno Arau, Shamsiah Yasin, dan Ketua Wanita Umno Maran, Fatimah Kassim, dibuat mengikut Fasal 10.15 Perlembagaan Umno.

Umno turut memecat tiga bekas Ahli Parlimen, mereka termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim, bekas Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin dan bekas Ahli Parlimen Maran Ismail Abd Muttalib kerana bertanding menentang parti itu pada PRU15.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s