NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara...

[VIDEO] Dua pengarah kanan syarikat ditahan bantu siasatan pembelian saham konsesi Menara KL

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pengarah kanan syarikat bergelar Datuk, bagi membantu siasatan berhubung pembelian saham dan pengambilalihan konsesi Syarikat Menara Kuala Lumpur (Menara KL).

Sumber SPRM berkata kedua-dua individu berusia 49 dan 59 tahun itu merupakan orang tengah yang mengurus urusan suapan dan seorang pengarah urusan syarikat yang dikatakan mengambil alih saham Syarikat Menara KL, ditahan di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan.

“Kedua-dua individu ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.

“Disyaki pemilihan syarikat terbabit melibatkan permintaan wang rasuah berjumlah ratusan ribu dan seutas jam tangan mewah sebagai hadiah kepada ‘orang atasan’, bagi membantu pengambilalihan tersebut,” menurut sumber.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan tangkapan itu ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Terdahulu SPRM dilaporkan telah menjalankan siasatan berhubung isu penjualan saham dan pengambilalihan konsesi penyelenggaraan Menara KL daripada syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd, milik penuh Telekom Malaysia (TM).

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami