[VIDEO] Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan – Zahid - pakdin.my

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap gelombang kebangkitan baharu yang dimiliki UMNO kini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi memperkasa parti.

Katanya ini termasuk perpaduan dalam kalangan ahli parti yang perlu diperkukuh selepas mengharungi Pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

“Saya telah berpesan kepada mereka bahawa yang menang itu tidak menang semua manakala kalah tidak kalah semua.

“Maka keterangkuman ini saya lakukan demi mengukuhkan UMNO daripada tanggapan di luar sana bahawa ianya berada dalam caca marba

“Kali ini keputusan yang dibuat di peringkat bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri bahagian apatah lagi di peringkat nasional memperlihatkan satu gelombang yang baharu.

Jangan lupa subscribe

“Saya harus bersama-sama dengan mereka untuk membina kekuatan baharu dan merapatkan saf barisan kepimpinan di setiap peringkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berbuka puasa sempena Program Santuni Kasih Ramadan (SKR) KEMAS Negeri Selangor di Masjid Gombak Utara Batu, malam tadi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu pada masa sama turut berkongsi bahawa Ramadan pada kali ini membawa manifestasinya tersendiri.

Menurut beliau, perkara ini merangkumi keterbukaan dalam kefahaman politik negara yang mengenepikan perbezaan ideologi demi kepentingan rakyat dan negara.

“Santuni warna-warna yang berbeda dahulu selama 15 tahun, kini kita berada dalam acuan yang sama ketepikan perbezaan yang lalu dan santuni perbezaan sekiranya ada.

“Paling penting penyatuan fikrah atau pemikiran demi kestabilan di negeri Selangor dan seluruh negara namun yang penting rakyat mesti didahulukan dalam Kerajaan Perpaduan,” ujar beliau.

UTAMAPOLITIK Pemilihan UMNO Bawa Gelombang Baharu, Bersama Rapatkan Saf Demi Pengukuhan –...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium