Pemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan di Melaka - pakdin.my

TANJUNG MALIM: Seorang pemandu lori ditahan selepas disyaki terbabit kes langgar lari yang menyebabkan kematian dua wanita di Kilometer 121 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur arah utara berhampiran Kampung Kelawar, dekat sini, pada 29 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata suspek, 30, ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Muallim berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat di Melaka kira-kira jam 11.57 malam tadi.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku menyebabkan kemalangan berkenaan ketika sedang membuat pusingan U di lokasi kemalangan terbabit.

“Suspek juga mengaku menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada majikan sehari selepas kejadian.

BACA juga: [VIDEO] Kemalangan maut libatkan pelajar wanita UPSI

“Kita juga menahan sebuah treler jenis Volvo di Kerling, Selangor yang mana pemeriksaan menemukan kesan bengkok dan cat tertanggal pada penghadang besi sebelah kanan tengah kenderaan berat itu,” katanya melalui kenyataan.

Mohd Hasni berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 17 April depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 29 Mac lalu itu, dua dua remaja perempuan maut selepas motosikal dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan dari arah Ulu Bernam menuju Slim River.

BACA juga: 2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

UTAMABERITAPemandu lori terlibat nahas dua maut di Mualim bulan lalu ditahan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium