[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM - pakdin.my

Lebih 70 individu di dua blok Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin, di sini, diarah meninggalkan bangunan itu susulan kejadian tanah runtuh petang 25 April 2023.

Kejadian berlaku di hadapan pintu masuk bangunan akademi SPRM sehingga meruntuhkan sebuah pondok kawalan, dengan runtuhan dianggarkan membabitkan keluasan 30 x 60 meter persegi.

BACA juga:
[VIDEO] Dua jemaah pada Subuh maut akibat tanah runtuh ketika berada di dalam tandas masjid di Agam

Jabatan Bomba Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, mengesahkan kejadian itu selepas menerima panggilan mengenainya jam 1.54 petang.

Susulan itu, katanya lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sentul dikejarkan ke lokasi untuk membantu.

“Seramai 76 mangsa membabitkan 36 lelaki dan 40 wanita yang berada dalam dua blok bangunan di akademi itu diarahkan keluar dan mereka tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Janngan lupa subscribe

Pihak bomba juga memaklumkan semua mangsa dipindahkan ke tempat selamat dan ketika ini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syabas telah dimaklumkan untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat awal, pergerakan tanah dilaporkan masih berlaku dipercayai akibat kejadian paip pecah,” katanya.

BACA juga:
[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh
[Video] Lebih 100 maut akibat ribut, tanah runtuh di Brazil
[Video] Tanah Runtuh Taman Bukit Permai : 4 mangsa berjaya dikeluarkan, 3 daripadanya maut
[Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang

UTAMABERITA Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium