#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin, - pakdin.my

1. Duit RM6.9 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik Ketua Penerangan parti dia.

2. Duit cash RM13 juta dari kontraktor diberi pada kawan baik Midin dari Pagoh. Saksi dalam perbicaraan kes UKSB turut menamakan kawan baik ini sebagai penerima cash RM1.3 juta yang diberi oleh UKSB kepada Midin melalui kawan baik dia ketika Midin menjawat sebagai Menteri KDN.

3. Duit RM4.6 juta dari kontraktor masuk akaun syarikat 100% milik  dan akaun peribadi sepupu menantu Midin yang juga timbalan kedua bahagian Bersatu Segambut serta ahli jawatankuasa Yayasan Golf Midin.

Perlu ingat bahawa ketiga-tiga individu di atas tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam kerajaan yang boleh pengaruhi perlantikan kontraktor dalam skim Jana Wibawa.

VIDEO berkaitan:

Jadi kenapa pula kontraktor-kontraktor sanggup bayar berpuluh juta duit kepada ketiga-tiga orang ini? Midin.

Siapa yang ada kuasa dan pengaruh ketika dia PM yang mewujudkan skim Jana Wibawa? Midin.

Siapa juga yang ada perjanjian sulit dengan Ismail Sabri di mana 20% hingga 40% dari peruntukan Pejabat Perdana Menteri diberi pada dia? Midin.

Mengikut kenyataan Midin sebelum ini, dia pernah mengaku memberi senarai kontraktor-kontraktor kepada Kementerian Kewangan untuk diberi projek Jana Wibawa.

Namun dia kata senarai kontraktor-kontraktor ini diberi oleh pengerusi persatuan kontraktor bumiputra

Jadi, perlu juga dijelaskan kenapa pengerusi persatuan kontraktor bumiputra yang juga ahli jawatan kuasa Yayasan Golf Midin turut kutip duit dari kontraktor-kontraktor dan kemudiannya memasukkan RM12 juta ke dalam akaun bank parti Bersatu.

Ya, dia mungkin tak masukkan duit songlap ke dalam akaun dia sebab penyamun sebenar memang tak masukkan duit samun ke dalam akaun peribadi dia.

Penyamun sebenar akan simpan duit samun dengan rakan-rakan yang boleh dipercayai dia dan keluarga dia atau simpan dalam bentuk cash dalam bilik tidur.

Sumber: Lim Sian See

BACA juga:
[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram
[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik
Muhyiddin, menatu dan projek sakit Jabatan Imigresen
Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan
[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta
Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

UTAMAPOLITIK#PNyamun : Ya, betul. duit dari kontraktor tak masuk akaun peribadi Muhyiddin,

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium