Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh - pakdin.my

[VIDEO] Pengawal keselamatan maut tertimbus tanah runtuh - pakdin.my

Seorang Pengawal Keselamatan maut selepas tertimbus tanah akibat runtuhan penahan tebing di Wisma YPR, Jalan Syed Putra, di sini awal pagi tadi.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Rizuan Razali berkata lelaki berusia 73 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas kesihatan.

Beliau berkata ketika kejadian mangsa sedang bertugas dan berada di dalam pondok pengawal.

BACA juga  RIBUAN IKAN MATI DI SUNGAI BERNAM

Menurutnya, sebelum kejadian berlaku, terdapat bongkah batu yang jatuh berhampiran pondok pengawal keselamatan itu, pada 8 malam, semalam.

“Difahamkan, pengawal keselamatan berkenaan hendak membuat laporan berhubung bongkah batu yang jatuh itu namun tidak sempat.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.53 tengah malam tadi dan tiba di lokasi kejadian pada 1.05 pagi,“ katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mohd Rizuan berkata seramai 41 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dan BBP Seputeh bagi operasi mencari dan menyelamat.

Beliau berkata mangsa berjaya dikeluarkan pada kira-kira 6.30 pagi ini dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Setakat ini hanya seorang mangsa yang terlibat manakala lokasi runtuhan diserahkan kepada pihak pengurusan (Wisma YPR),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur kini sedang memantau tebing runtuh berkenaan.

“JKR akan membuat kajian tanah di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

Sementara itu Kementerian Kerja Raya (KKR), bersedia menawarkan bantuan jika diperlukan susulan kejadian tanah runtuh di Wisma YPR, Taman Seputeh, Kuala Lumpur awal pagi tadi yang mengorbankan nyawa seorang pengawal keselamatan.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata berdasarkan laporan awal beliau difahamkan premis berkenaan adalah milik swasta.

“Ia berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan.

“Bagaimanapun, di pihak KKR, saya ingin memaklumkan kita bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa juga cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemukan meninggal dunia dalam kejadian berkenaan.

“Saya bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang ditemui meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di pondok pengawal di Wisma YPR,” katanya.

BACA juga:
[VIDEO] Tanah runtuh, 76 individu kosongkan Akademi SPRM
[VIDEO] Seramai 13 mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali disahkan terkorban setakat 11 pagi
[VIDEO] Dua kanak-kanak maut tertimbus tanah runtuh
3 murid maut, sekolah ditimpa tanah runtuh
Mangsa sering cerita kisah tanah runtuh di Cameron Highlands

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

KEBENARAN PERISTIWA 13 MEI – RENUNGKANLAH

PERBAHASAN BAJET 2011 PERINGKAT DASAR DI DEWAN RAKYAT OLEH Y.B. KULIM BANDAR BAHARU Petikan Hansard Dewan Rakyat 28 Oktober 2010, 3.53 ptg. Tuan Zulkifli bin Nordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, sudah banyak hari tunggu. Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Alhamdulillah... [Membaca sepotong doa]

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah

1.Mereka tidak membasuh kaki dalam wuduk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf. 2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah(disisi) tanpa meletakkan tangan...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Macai Mahathir Kata Kod Negeri '71' Dalam Kad Pengenalan Adalah Warga Asing, Termasuk Pemimpin Tertinggi PH

Page Facebook Mahathir dan Macai Mahathir Khairuddin Abu Hassan yang tersangat bodoh dan pakar fitnah buktikan kebodohan mereka lagi. Pada posting terbaru Page Mahathir The...

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Kita tidak lagi boleh hidup dalam penafian. Kita tewas dalam dua PRU lepas. Kita bukan lagi blok politik Melayu terbesar dalam demokrasi Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753

TERKINI

[VIDEO] Ucapan Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Tahun 2023 oleh Tok Mat Hasan

Kita tidak lagi boleh hidup dalam penafian. Kita tewas dalam dua PRU lepas. Kita bukan lagi blok politik Melayu terbesar dalam demokrasi Malaysia. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165753

[VIDEO] Gempa bumi lemah landa Semporna

Gegaran dirasai di sekitar Semporna, Sabah. MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165742

[VIDEO] Lelaki tunjal kepala pemandu wanita direman tiga hari

Tangkapan ke atas lelaki terbabit dibuat susulan laporan polis dibuat wanita berusia 24 tahun itu semalam di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165730

[VIDEO] 12 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

12 unit kontena dengan lapan muatan telah dikenal pasti iaitu alat ganti, alatan muzik, kapas, baby walker, minyak pelincir, benang, amionik dan sistem pemasangan bumbung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165720

[VIDEO] Tuntutan Sulu: Malaysia lakar kejayaan bersejarah di mahkamah rayuan Paris

Justeru, perintah penggantungan yang diperoleh Malaysia berhubung penguatkuasaan award itu adalah kekal. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165710

[VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

Maklumat awal daripada pemanggil terdapat mangsa dalam rumah tersebut. Mangsa kemudian dijumpai rentung di bawah runtuhan rumah berkenaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165699

PRN: Agihan kerusi PH-BN Terengganu selesai – Ahmad

"Saya hanya mencadangkan sebab dia penyandang di kawasan dia. Keputusan terletak pada parti untuk menentukan... kita kata mencadangkan (bukan umum dia calon) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165690

[VIDEO] Mayat dipercayai kanak-kanak hilang di Sungai Bernam ditemukan

Kira-kira pukul 12.35 tengah hari satu mayat telah ditemui dengan bantuan anjing pengesan bernama Lady jenis Labrador. Mayat ditemui berpakaian lengkap kira-kira 7.3 kilometer dari lokasi kejadian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165679