[VIDEO] Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu Majidee - pakdin.my

Sebanyak 176 rumah di Kampung Melayu Majidee di sini yang terjejas akibat ribut semalam, akan menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan negeri berdasarkan jumlah kerugian yang dihadapi penduduk terlibat.

Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamed berkata sumbangan bantuan itu akan disalurkan kepada mangsa selewat-lewatnya Isnin ini, selepas penilaian kerosakan selesai dilakukan oleh pelbagai agensi termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi meminta kerja-kerja pembaikan disegerakan, untuk itu, satu sesi ‘Townhall’ akan diadakan untuk menerangkan kepada kesemua mangsa.

“Penilaian terhadap kediaman yang rosak akan diselesaikan hari ini sekali gus melihat apa keperluan setiap kediaman kerana kerosakan yang dialami mungkin berbeza,” katanya kepada pemberita selepas lawatan Menteri Besar ke kediaman mangsa yang terjejas di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Larkin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri Mohd Hairi Mad Shah.

Jangan lupa subscribe

Muzaldin berkata pelbagai agensi terlibat dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa ribut di Kampung Melayu Majidee termasuk Yayasan Majlis Bandaraya Johor Bahru; Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Menteri Besar.

Sementara itu, Mohd Hairi berkata pihaknya mengucapkan penghargaan kepada pelbagai agensi kerajaan yang bertindak pantas dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas.

Dalam pada itu, seorang mangsa ribut, Liza Wati A. Gani, 36, berkata dia amat mengharapkan bantuan dan sumbangan daripada kerajaan untuk membantu membaik pulih rumah pusaka keluarganya yang sudah berusia lebih 40 tahun.

“Ribut semalam mengakibatkan semua bumbung rumah terbang kecuali bilik air. Untuk membaik pulih pasti memakan kos sehingga ribuan ringgit. Saya dan kakak tinggal di rumah ini, kami tidak banyak wang, memang hanya berharap pada bantuan kerajaan,” kata suri rumah itu.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar pukul 2.48 petang semalam itu, turut menyebabkan tiga kereta rosak akibat dihempap pokok tumbang.

BACA juga:
[VIDEO] Beberapa kawasan di Mantin, Nilai terjejas akibat ribut – Bomba
[VIDEO] Sibu dibadai ribut, PBB beri kanopi baharu untuk peniaga bazar Ramadan – Dr Annuar
Hujan berterusan diramal di Johor, Sabah dan Sarawak ekoran luruan monsun
[VIDEO] Khemah bazar Aidilfitri diterbangkan ribut, pokok tumbang
[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

UTAMABERITA Kerajaan Johor bantu 176 rumah terjejas akibat ribut di Kampung Melayu...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium