[VIDEO] Pasangan remaja mengaku bersalah buat aksi wheelie - pakdin.my

Sepasang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan melakukan aksi ‘wheelie’ pada Mac lepas. 

Pengakuan mereka direkodkan di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan.

Remaja lelaki yang bekerja sebagai pencuci kereta didakwa menunggang motosikal jenis Honda EX-5 putih secara berbahaya iaitu mengangkat tayar hadapan di Jalan Chendor di sini menghala ke Kemaman, Terengganu pada 5.30 petang 12 Mac lepas.

Remaja perempuan berkenaan yang masih bersekolah pula didakwa membantu melakukan aksi tersebut selaku pembonceng pada masa dan di tempat yang sama.

Bagi kesalahan berkenaan, pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 serta hilang kelayakan memegang lesen memandu minimum dua tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pasangan remaja itu yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan jaminan RM2,000 setiap seorang, yang ditawarkan Pegawai Pendakwa Insp Nafizah Ismail atas alasan kewangan keluarga.

Remaja lelaki memaklumkan ibunya merupakan pekerja am dengan gaji RM1,500 sebulan, manakala remaja perempuan itu memberitahu ayahnya hanya berpendapatan antara RM700 ke RM1,000 yang digunakan untuk menanggung dia tiga beradik.

Mahkamah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dijamin RM800 dengan seorang penjamin setiap seorang dan menetapkan 7 Jun untuk laporan akhlak serta jatuh hukum.

Pada Isnin lepas (1 Mei), polis mengesahkan penahanan sepasang remaja dipercayai kekasih di Balok, di sini setelah video mereka melakukan aksi ‘wheelie’ tular di media sosial sehari sebelumnya.

Siasatan juga mendapati motosikal yang digunakan adalah milik ibu remaja lelaki berkenaan.

BACA juga:
[Video] ‘Rempit’ untuk isi masa lapang
[VIDEO] Remaja perempuan dituduh bersubahat dengan perogol
2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang
[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

UTAMABERITA Pasangan remaja mengaku bersalah buat aksi wheelie

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium