Angkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei - pakdin.my

Angkasawan wanita pertama Arab Saudi akan berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada 21 Mei ini, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi angkasa lepas AS NASA.

Rayyanah Barnawi, seorang penyelidik kanser payudara, bersama angkasawan lelaki Ali AlQarni, akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2, yang akan dilancarkan pada kira-kira pukul 5.37 petang (waktu EDT) pada 21 Mei, kata NASA.

Misi 10 hari itu dirancang untuk berlepas dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pada 8 Mei, sebelum pelancarannya dijadualkan semula pada 21 Mei oleh NASA dan Axiom Space.

Dua angkasawan Arab Saudi itu dijangka menyertai angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan Al Neyadi yang sedang dalam misi selama enam bulan di ISS.

VIDEO berkaitan:

Janngan lupa subscribe

Angkasawan Peggy Whiston dan perintis perniagaan serta juruterbang John Shoffner juga akan menjadi sebahagian daripada misi Axiom Space 2.

BACA juga
15 warga Malaysia terbabit kemalangan bas di Arab Saudi
Arab Saudi lakukan lebih 28 juta ujian COVID-19 sejak virus mula dikesan
Arab Saudi sedia terima 70,000 jemaah umrah sehari
[VIDEO] Penduduk Miri temui serpihan logam disyaki komponen roket China

UTAMADUNIAAngkasawan wanita pertama Arab Saudi berlepas ke ISS 21 Mei

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium