[VIDEO] Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak - pakdin.my

HULU SELANGOR: Wanita ditemukan lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Air Terjun Kampung Orang Asli Pertak, Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini Rabu 21 Jun 2023.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejar ke lokasi sebaik dimaklum kejadian pada 5.30 petang.

“Berdasarkan laporan awal, kejadian membabitkan dua wanita dengan identiti tidak dikenal pasti.

“Mereka dipercayai hanyut dibawa arus deras (kepala air) ketika mandi di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan menerusi kaedah pencarian di permukaan dengan pasukan dipecah kepada dua kumpulan yang menyusuri Sungai Pertak.

Janngan lupa subscribe

“Semasa SAR dijalankan, seorang daripada wanita itu dijumpai di celah batu dan usaha mengeluarkannya segera dilaksana,” katanya.

Menurutnya, SAR mangsa kedua sedang diteruskan.

BACA juga:

UTAMABERITA Wanita lemas, seorang lagi masih hilang dibawa arus di Air Terjun...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium