BERITA BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK,...

[VIDEO] BOMBA SELAMATKAN DUA LELAKI DARIPADA HANYUT AKIBAT KEPALA AIR DI PERTAK, KUALA KUBU BHARU

KUALA KUBU BHARU: Tindakan pantas pasukan bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu berjaya menyelamatkan dua lelaki daripada lemas dibawa arus deras di Air Terjun Kampung Asli Pertak, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa Muhammad Shamsuri Samsudin,40, dan Abdul Arif Fikri Ismail,20, terperangkap di tengah-tengah air terjun tersebut akibat arus deras kepala air selepas hujan lebat.

Menurut jurucakap bomba, kedua-dua mangsa bagaimanapun sempat naik ke atas batu besar untuk menyelamatkan diri.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu terus menghubungi pihak bomba dan kecekapan pasukan penyelamat itu berjaya menyelamatkan mereka tanpa sebarang kecederaan,” katanya di sini.

20161119-bomba-selamat-kepala-air-pertak

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Jasad kanak-kanak lelaki lemas di Sungai Bernam, Dekat Kampung Sungai Nilam ditemui 300 meter dari tempat jatuh

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami