[VIDEO] Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long - pakdin.my

JOHOR BAHRU – Penahanan seorang lelaki yang dirakam tular dalam sebuah kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, dekat sini kelmarin dibuat mengikut undang-undang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 28 tahun itu merupakan penumpang dalam penerbangan tersebut yang baharu tiba dari utara tanah air.

Menurut beliau, pihaknya juga telah menahan empat lagi individu dipercayai rakan suspek yang turut terlibat dalam kesalahan jenayah ah long yang dilakukan bersama.

“Polis mengesan satu video tular di aplikasi TikTok penama akaun Elizabeth Eoh berkaitan tangkapan seorang suspek dibuat polis di dalam sebuah kapal terbang.

“Ketika kejadian, polis sedang menjalankan tugas dan berjaya mengesan suspek yang merupakan penumpang dalam pesawat berkenan hasil daripada risikan dibuat.

Janngan lupa subscribe

“Penahanan suspek beserta empat rakannya yang berusia antara 21 hingga 30 tahun itu dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tambah Raub, kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

“Polis menasihati orang ramai agar tidak berasa gusar berkaitan video penahanan suspek yang tular di media sosial,” jelasnya.

BACA juga:

UTAMABERITA Suspek ditahan dalam kapal terbang bersabit kes ah long

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium