[VIDEO] Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN - pakdin.my

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN15) di enam negeri, semalam.

Katanya, kekalahan itu tidak seharusnya ditujukan pada seseorang saja, sebaliknya setiap pemimpin dalam parti perlu bertanggungjawab.

“Top 5, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Ketua Bahagian dan Ketua Sayap Pemuda, Puteri serta Wanita perlu melihat perkara ini kerana rakyat sudah membuat keputusan.

“UMNO kena terima hakikat bahawa orang Melayu di Kelantan, Terengganu dan Kedah menolak UMNO, manakala di negeri membangun seperti Pulau Pinang dan Selangor juga dilihat hampir berlaku perkara yang sama.

“Sementara di Negeri Sembilan, walaupun kita menang 14 kerusi, tetapi ia jatuh sedikit berbanding Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu iaitu kita memperoleh sebanyak 17 kerusi,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pelajar IPTA dan IPTS Siri 03/2023, di Parlimen Titiwangsa, di sini, hari ini.

Janngan lupa subscribe

UTAMAPOLITIK Semua pemimpin UMNO perlu bertanggungjawab atas kekalahan PRN

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium