Wanita UMNO meminta seluruh ahli dan kepimpinan parti itu agar memberi tumpuan kepada beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata pihaknya akan terus bersama barisan kepimpinan dalam merangka strategi yang terbaik untuk memperkukuh parti serta menarik kembali sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Prestasi BN di dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang telah berlangsung baru-baru ini adalah tangggungjawab bersama seluruh kepimpinan. Ini bukanlah masa untuk menyalahkan mana-mana pihak,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata seluruh ahli parti perlu menerima keputusan PRN dengan hati yang terbuka serta perlu memperkasa Kerajaan Perpaduan demi kestabilan negara dan kemakmuran rakyat.
“Agenda perpaduan ini sangat besar untuk kita semua bersama-sama berganding bahu membangunkan negara ini,” katanya.
BACA juga: