NASIONALNAHAS & BENCANA Ahmad Zahid bantu penunggang motosikal kemalangan

[VIDEO] Ahmad Zahid bantu penunggang motosikal kemalangan

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur untuk segera mendapatkan rawatan.

Menerusi perkongsiannya di Twitter rasminya, kejadian tersebut berlaku sewaktu beliau dalam perjalanan pulang setelah menghadiri Majlis Pecah Tanah Bangunan MIC.

“Saya secara kebetulan melihat berlakunya kemalangan yang baru terjadi melibatkan sebuah kereta dan penunggang motosikal berdekatan Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Kami bergegas membantu Satnam dan saya telah pastikan agar rawatan serta urusan perubatan beliau dapat disegerakan,” katanya pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa agar mangsa tersebut sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

BACA juga:

[VIDEO] Zahid Hamidi serik dengan PAS, tiada langkah tawar sertai Kerajaan Perpaduan

[VIDEO] Bayaran bantuan Aidilfitri pekebun kecil getah mulai Jumaat ini – Zahid Hamidi

[VIDEO] PAU2022: Ucapan Dasar Presiden UMNO Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Gelombang Biru dan Komitmen Barisan Nasional di DUN Chennah

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami