Wednesday, July 17, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Sesalan teruna mati pucuk akibat diabetes - pakdin.my

SEJAK kecil, Amin (bukan nama sebenar) begitu menggemari minuman yang manis terutamanya air berkarbonat.

Malah, tabiat minum air berkarbonat yang lazim diketahui sebagai minuman mempunyai kandungan gula yang tinggi itu masih diteruskan apabila dia sudah meningkat dewasa.

“Setelah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya tidak menyambung pengajian sebaliknya terus bekerja.

“Setelah bekerja dan mempunyai wang sendiri, semakin ‘ligat’ saya minum air bergas itu. Setiap hari saya akan beli dan minum air berkarbonat,” katanya yang kini berusia awal 40-an.

Tambahnya, ada ketikanya dia akan minum bertin-tin minuman tersebut.

Namun begitu, selang beberapa tahun kemudian Amin telah disahkan berdepan masalah diabetes pada usia awal 20-an.

Selain daripada faktor keturunan, pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula tersebut telah menjadi faktor dia berdepan penyakit itu.

Lebih buruk, biarpun selepas menghidap diabetes,, Amin masih ‘ketagih’ akan minuman tersebut tanpa rasa bersalah.

“Saya terus mengambil minuman berkarbonat kerana rasa seperti ketagih jika tidak minumnya dalam sehari.

“Saya cuba jugalah mengurangkan pengambilannya atas nasihat doktor,” jelasnya.

Pada mulanya Amin berasa tiada apa-apa masalah pada tubuhnya ketika diserang diabetes dan atas sebab itu juga dia tidak terlalu menjaga kesihatannya.

Akibatnya, masalah diabetesnya menjadi semakin serius dan Amin perlu mendapatkan suntikan insulin.

Setelah beberapa tahun menghidap penyakit diabetes, Amin mendapati dia mula mengalami masalah lemah tenaga batin atau mati pucuk.

“Saya mula mendapati zakar saya mula sukar untuk menegang seperti biasa.

“Sebab kepada masalah ini adalah kerana diabetes yang saya hidapi,” terangnya.

Dalam pada itu, Amin merasa malu untuk menceritakan hal tersebut kepada orang lain.

Amin menjelaskan, dia telah mencuba pelbagai perkara untuk menegangkan kembali zakarnya tetapi tetap tidak berjaya.

Malah, dia turut menonton video-video porno bagi membolehkannya terangsang tetapi tidak juga berjaya.

Bukan itu sahaja, Amin menjelaskan, dia sehingga ke tahap pernah mengikuti rakannya ke Thailand untuk mengurut dengan wanita tetapi hal yang sama turut berlaku di mana zakarnya tidak dapat menegang.

Dia juga ada mengambil ubat-ubat tertentu tetapi keputusannya tetap sama.

“Dalam masa yang sama keluarga saya meminta saya untuk berkahwin kerana usia yang semakin meningkat.

“Malah, mereka juga cuba untuk mencari jodoh dengan memperkenalkan saya dengan beberapa wanita.

“Saya mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi dengan masalah yang saya hadapi mungkin akan menyebabkan wanita tersebut tidak mendapat layanan batin sepuasnya daripada saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amin mengambil keputusan untuk menceritakan hal tersebut kepada teman rapatnya.

Temannya itu cuba membantunya dengan membawa Amin berubat secara kampung tetapi tetap tidak berjaya.

Amin akhirnya reda dengan masalah yang dihadapinya itu kerana dia telah mencuba pelbagai cara, namun masalah lemah tenaga batinnya itu masih tidak diubati.

Kini, Amin berhadapan dengan lagi satu masalah apabila dia disahkan menghidap penyakit buah pinggang.

Dia menderita masalah buah pinggang itu juga berpunca kerana diabetes.

Bahkan, dia kini perlu menjalani dialisis untuk meneruskan hidup.

“Nasihat saya kepada mereka di luar sana, jagalah kesihatan dengan sebaiknya kerana kesihatan yang baik itu adalah sesuatu yang berharga.

“Jangan mengamalkan cara hidup seperti saya yang mengambil minuman manis sejak muda dan akhirnya berhadapan dengan diabetes serta berlanjutan kepada masalah-masalah lain,” katanya.

Mikroplastik dalam testikel lelaki

Satu kajian baharu mendapati bahan pencemaran, mikroplastik ditemui di dalam testikel manusia, lapor akhbar The Guardian kelmarin.

[VIDEO] 7 kebaikan tapai pulut sebagai sumber probiotik semulajadi

Penapaian juga boleh meningkatkan kandungan vitamin B1 atau thiamin dalam tapai pulut, yang kedua-duanya dapat mengekalkan sistem penghadaman.

Apa yang perlu dilakukan jika dijangkiti Covid-19

KES Covid-19 di Malaysia masih dalam keadaan terkawal, namun dalam tempoh beberapa minggu ini, berlaku peningkatan yang agak merisaukan.

Khasiat cendawan kubis bunga rawat penyakit berkaitan saraf

“Cendawan ini semakin digemari oleh masyarakat kerana mempunyai tekstur seperti daging dan sering dimasak sebagai sate, rendang, kari dan sup. Malah, cendawan ini digunakan dalam menu vegan sebagai pengganti daging

Racun perosak dalam makanan mengurangkan jumlah sperma

Racun perosak yang digunakan di rumah, taman dan rumput kita dan disembur pada makanan yang kita makan menyumbang kepada penurunan dramatik dalam bilangan sperma dalam kalangan lelaki di seluruh dunia, menurut analisis kajian baharu sejak 50 tahun lalu.

Makan terhad masa dan bukannya mengira kalori juga mengawal gula darah dan lemak perut

Orang yang menghidap diabetes jenis 2 yang mengikuti diet  makan terhad masa kehilangan lemak perut dan memperbaiki gula darah mereka sama seperti mereka yang mengira kalori, menurut kajian klinikal terbaru yang melibatkan sekumpulan 75 orang selama enam bulan.

Fasilitator Malaysia yang baharu dilantik untuk rundingan damai selatan Thailand

Kerajaan Malaysia telah melantik fasilitator baharu untuk proses damai di selatan Thailand. Ini berlaku di tengah-tengah gesaan mendesak untuk penilaian semula pelan hala tuju keamanan berikutan lonjakan keganasan yang telah menghancurkan keyakinan orang ramai.

[VIDEO] Bom kereta di flat polis Bannag Sata ‘melemahkan rundingan damai’

Seorang ahli akademik di Yala telah mengkritik apa yang dikatakannya sebagai kemajuan yang lembap dalam rundingan damai di Selatan Selatan berikutan letupan bom kereta di luar rumah pangsa polis di wilayah sempadan selatan ini pada 30 Jun 2024.

[VIDEO] Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata

Bom kereta meletup berhampiran flat polis di Bannang Sata, Wilayah Yala, Selatan Thailand menyebabkan 16 orang cedera dan seorang maut.

[VIDEO] 18 rumah musnah terbakar di Kuala Abai, Kota Belud

KOTA BELUD: Lebih 200 penduduk membabitkan 42 keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas 18 rumah di Kampung Kuala Abai, di sini, terbakar.

[VIDEO] Lombong emas haram di Sulawesi: Belasan maut akibat tanah runtuh

Sekurang-kurangnya 11 orang dilaporkan meninggal dunia dan 18 lagi dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong emas haram di Pulau Sulawesi, susulan hujan lebat pada 7 Julai.

[VIDEO] Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan di lapan lokasi

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing dalam satu Operasi Khas pada 4 Julai 2024 di lapan lokasi berasingan

[VIDEO] Kebakaran besar di Chinatown

Kebakaran yang melanda komuniti yang sesak di Yaowarat, Chinatown Bangkok, berjaya dikawal lewat malam Sabtu. Tiada kematian tetapi 30 orang mengalami kecederaan memerlukan rawatan perubatan.

Starmer menjadi perdana menteri UK yang baharu selepas Parti Buruh memenangi majoriti besar

“Kuasa hari ini akan bertukar tangan dengan cara yang aman dan teratur, dengan muhibah di semua pihak," kata Sunak. "Terdapat banyak yang perlu dipelajari dan direnungkan dan saya bertanggungjawab atas kekalahan ramai calon Konservatif yang bekerja keras... saya minta maaf."

FDA Thailand memberi amaran bahaya suplemen mati pucuk

Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA)Thailand telah memberi amaran kepada pengguna bahawa suplemen pemakanan yang mendakwa membantu lelaki yang mengalami masalah ereksi mengandungi dadah yang memerlukan preskripsi doktor untuk mendaptkannya yang boleh memberi kesan sampingan yang serius.

Kemboja kini mempunyai versi WhatsApp sendiri, pengkritik bimbang digunakan untuk pengawasan

Pemimpin utama Kemboja, Hun Sen memberikan keutamaan terhadap aplikasi pemesejan tempatan yang baharu, yang menurut pengkritik adalah cara untuk kerajaan memantau dan menjejaskan perbincangan politik di negara itu.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: