Sumbangan untuk membiayai portal ini:
Maybank:
158088200693 PayPal: [email protected]

Sumbangan untuk membiayai portal ini: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

🎦[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran - pakdin.my

🎦[VIDEO] Warga emas OKU rentung dalam kebakaran - pakdin.my

AYER ITAM – Seorang lelaki warga emas maut dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pisang, Ayer Itam, Pulau Pinang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Mohd Shakir Abdullah berkata mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) itu ditemukan rentung di dalam salah sebuah rumah yang terbakar.

BACA juga: [VIDEO] Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah

Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari BBP Paya Terubong bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan dua unit rumah dengan keluasan 2,000 kaki persegi.

“Pihak bomba menemukan mangsa dalam keadaaan rentung bersebelahan katil.

“Rumah berkenaan terbakar hampir 90 peratus.

“Api berjaya dikawal pada pukul 4.28 pagi,” kata Mohd Shakir menerusi kenyataan.

Berkaitan

Mesti baca