🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau - pakdin.my

BESUT: Mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan lebih daripada 48 jam ditemukan dalam plastik di tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, pagi tadi 6/11/2023.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam.

Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi itu ditemukan di tandas wanita bahagian tengah daripada tiga tandas berkembar di situ.

“Mayat itu berada dalam plastik di atas lantai tandas,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini.

BACA juga: Remaja Gagal Buang Bayi Ditahan Di Batang Kali

Rozak berkata, kawasan surau itu berpagar tetapi tidak berkunci serta tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV).

“Saksi bersama seorang rakan pergi ke tandas itu dan mendapati bau busuk datang dari arah tandas bahagian tengah dan terdapat satu baldi berwarna merah dalam keadaan terlungkup.

“Saksi itu membuka baldi dan ternampak seperti mayat seorang bayi dalam bungkusan plastik sebelum memaklumkan kepada Ahli Jawatankuasa surau untuk memaklumkan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata, bahagian Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hadir ke tempat kejadian.

“Mayat bayi dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Besut dan dijangka bedah siasat akan di jalankan kira-kira jam 6 petang ini,” katanya.

“Suspek bagi kes ini masih belum dikenal pasti. Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITA🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium