BERITA🎦 Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid

🎦 Pas seperti ‘gila talak’ – Ahmad Zahid

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengganggap Pas seperti ‘gila talak’ susulan ajakan parti itu untuk mewujudkan semula kerjasama.

Ahmad Zahid berkata, UMNO setakat ini belum terbuka hati untuk menjalinkan kerjasama dengan parti Pas.

“Mungkin ada pihak yang telah kegilaan talak kerana mereka pernah berada dalam kerajaan dahulu. Alangkah sakitnya apabila mereka mempunyai kerusi yang banyak tetapi mereka terus jadi pembangkang.

“Kita harap mereka terus berdoa, untuk tidak melakukan ‘kekencingan’ (penipuan) sekali lagi kepada UMNO yang menyebabkan UMNO tidak langsung mahu membuka jalan setakat ini.

“Allah belum buka lagi hati kami menjalin semula kerjasama politik dengan mereka. Kami harap mimpi siang mereka itu dapat dinoktahkan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis penyerahan sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu Pas tidak menolak untuk bekerjasama semula dengan UMNO di sebalik sejarah ‘pahit’ hubungan kedua-dua parti sebelum ini.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menjelaskan, sebarang kerjasama dengan UMNO perlu melalui platform Perikatan Nasional (PN) yang turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mengulas kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil yang menganggap segelintir pemimpin UMNO sebagai ‘barua’ DAP, Ahmad Zahid berkata, beliau mencabar Isham untuk menyuarakan semula pendapat itu pada mesyuarat MKT malam ini. – SETERUSNYA

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami