[VIDEO] 22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas ‘banjir bandang’ landa Sumatera Barat - pakdin.my

"Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia telah mengeluarkan amaran waspada dengan keadaan cuaca ekstrem iaitu hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan.

PADANG, SUMATERA BARAT: Banjir yang melanda daerah Agam, Padang dan Tanah Datar di Sumatera Barat pada Sabtu malam telah meragut 22 nyawa, mencederakan tujuh orang dan menyebabkan dua individu hilang.

Di Agam, bencana itu menyebabkan 15 kematian, dengan 11 mangsa di mukim Canduang dan empat di mukim Sungai Pua, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jurucakap BNPB Abdul Muhairi berkata 90 bangunan termasuk rumah ditenggelami air di Nagari Bukik Batabuah, Canduang dan 60 penduduk telah dipindahkan ke sebuah pusat perlindungan di Nagari Koto Tuo, Koto.

“Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Di daerah Tanah Datar, beliau berkata tujuh orang terkorban dan sedang menjalani proses pengecaman di sebuah hospital tempatan berikutan banjir pada Sabtu, yang menjejaskan 25 keluarga, 24 rumah dan 12 jambatan.

Abdul Muhairi berkata seorang mangsa ditemukan selamat, manakala dua lagi masih hilang selepas banjir melanda bandar Padang akibat hujan lebat sehingga menyebabkan air Sungai Lubuk Mata Kucing melimpah pada 10 malam waktu tempatan.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia telah mengeluarkan amaran waspada dengan keadaan cuaca ekstrem iaitu hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa kawasan hari ini.

Kawasan itu termasuk Sumatera Barat, Aceh, Sumatera Utara, Riau, Kepulauan Riau, Bengkulu, Jambi, Sumatera Selatan, Kepulauan Bangka Belitung, Lampung, Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah.

Jangan lupa subscribe

BACA juga:

🎦 Gunung Marapi Singgalang di Sumatera Barat meletus

[VIDEO] Bencana alam melanda tiga kawasan di Sumatera Barat mengakibatkan seorang maut

[VIDEO] Gunung berapi di Sumatera Barat, Indonesia meletus

UTAMADUNIA 22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas 'banjir bandang' landa Sumatera...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium