Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

Azalina tidak fokus, Ketua Penerangan UMNO perlu ditukar- pakdin.my

"UMNO Cawangan SS9A juga ingin mengusulkan untuk kepimpinan parti mempertimbangkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menggalas seterusnya portfolio sebagai Ketua Penerangan yqng baharu.

UMNO Cawangan SS9A, Damansara mengusulkan satu pertukaran atau rombakan bagi jawatan Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang disandang oleh Datuk Seri Azalina Othman Said, ketika ini, yang didakwa tidak fokus dalam tugasan beliau.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berkata, sebagai seorang menteri dan kepimpinan yang berjasa sekian lama, UMNO Cawangan SS9A beranggapan beliau tidak fokus kepada tugas Ketua Penerangan parti serta disifatkan sekarang ini perlu lebih pro aktif.

Katanya, akar umbi UMNO keseluruhannya memerlukan satu perlaksanaan strategi serta gerak kerja hala tuju drastik yang lebih jelas agar setiap tindakan akar umbi itu tidak tersasar.

“Sebagai seorang menteri, kami yakin beliau cukup ‘perform’ dan ini jelas menguntungkan UMNO. Oleh itu, kita memerlukan individu yang mungkin boleh lebih fokus untuk bertindak sebagai Ketua Penerangan dan ‘ada masa’ merencana usaha-usaha serta tindakan tidak bermusim.

“Satu pelan naratif masa depan UMNO yang lebih praktikal perlu segera digerakkan oleh Ketua Penerangan serta segala usaha perlu digembleng kepada usaha bersangkutan portfolio penerangan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Amin, UMNO Cawangan SS9A juga ingin mengusulkan untuk kepimpinan parti mempertimbangkan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi menggalas seterusnya portfolio sebagai Ketua Penerangan yqng baharu.

“Melalui kemahiran, pengetahuan serta pengalaman dimiliki beliau, ianya dilihat satu kelebihan yang boleh diguna pakai untuk kebaikan UMNO.

“Selain UMNO Cawangan SS9A juga beranggapan beliau ‘ada masa’ untuk lebih fokus merencana, bergerak dan bertindak sebagai Ketua Penerangan yang baru,” jelasnya.

VIDEO berkaitan

BACA juga:

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.