Friday, June 21, 2024
26.6 C
Kuala Lumpur

[VIDEO] Bendung salah guna visa haji, Arab Saudi keluar notis perketat kawalan keselamatan- pakdin.my

Pihak berkuasa tempatan telah mula melakukan operasi terhadap mereka yang tidak mempunyai permit dan visa haji sah.

MEKAH – Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan notis kepada Ketua Rombongan Haji (KRH) dari semua negara mengenai langkah kawalan keselamatan ketat yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Hal itu bagi membendung penyalahgunaan visa semasa musim haji.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, antara yang ditekankan termasuk peringatan kepada KRH untuk tidak membantu pergerakan atau penginapan jemaah yang menggunakan visa tidak sah.

“Ini belum pernah dibuat sebelum ini dan secara khusus. Kali ini disampaikan kepada semua Ketua Rombongan Haji yang juga diingatkan sekiranya mereka tidak mematuhi notis baru ini ianya akan memberi kesan terhadap operasi haji sesebuah negara, jadi itu juga satu penekanan daripada kementerian haji yang amat serius,”katanya.

Beliau turut memaklumkan pihak berkuasa tempatan telah mula melakukan operasi terhadap mereka yang tidak mempunyai permit dan visa haji sah.

Pemeriksaan dilakukan di bas-bas dinaiki jemaah; hotel penginapan dan laluan ke masjid bagi mengesan jemaah yang melanggar peraturan tersebut.

Beliau ditemui pada sidang media di bangunan Ibu Pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) Mekah.

BACA juga:

Berkaitan

Popular

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

Topik

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.