NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

"Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Lalang Pepuyu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) memaklumkan kejadian tersebut berlaku di sektor kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

“Berdasarkan maklumat perisikan yang diperoleh, pasukan operasi berjaya menahan dua suspek rakyat tempatan yang sedang melakukan aktiviti penyeludupan lembu di kawasan hutan berdekatan sempadan pada pukul 8.20 malam,” menurutnya menerusi satu kenyataan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek sedang cuba menyeludup lembu terbabit masuk ke Malaysia untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidiladha demi mengaut keuntungan yang lumayan.”

Treler jenis Volvo 50 tan dan CNHTC 50 tan, turut dirampas.

“Suspek dan barang rampasan diserahkan ke Balai Polis Lalang Pepuyu dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kelantan untuk tindakan selanjutnya.

“TDM akan terus komited bagi memastikan keselamatan di sempadan negara dan tidak akan berkompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan dan penyeludupan,” menurut kenyataan itu.

BACA juga

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami