back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    (VIDEO) Remaja perempuan rentung ditemui dalam bilik

    Sewaktu kejadian remaja tersebut dipercayai bersendirian di rumah.

    KAJANG – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Saujana Impian petang tadi 17 Oktober 2024.

    Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.20 petang.

    Katanya, seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Bangi dan BBP Seri Kembangan dikejarkan ke lokasi.

    “Kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat yang musnah 60 peratus akibat dijilat api. Mangsa dijumpai dengan kesan terbakar di dalam bilik tingkat atas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

    “Kerja-kerja pemadaman dilakukan di lokasi dan api telah padam sepenuhnya 10 minit kemudian. Unit anjing pengesan (K9) JBPM turut berada di lokasi,” jelasnya.

    BACA juga:

    [VIDEO] Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah

    [VIDEO] Rumah terbakar, wanita warga emas ditemukan rentung

    [VIDEO] Tiga beranak maut dalam kebakaran rumah kedai di Balik Pulau

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)