PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

    Majlis Kerja Tertinggi juga meminta supaya semua wakil-wakil UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sama ada yang memegang amanah parti dalam Jemaah Menteri mahupun Agensi-Agensi dan Syarikat-Syarikat Kaitan Kerajaan mesti terus meningkatkan prestasi

    Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO.

    Datuk Seri Tajuddin, yang sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula 30 September 2022, dikenakan tindakan tersebut susulan kritikan terbuka terhadap parti dan kepimpinan, termasuk gesaan beliau agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan. Penggantungan itu menyaksikan Tajuddin beberapa kali mengemukakan rayuan kepada MKT untuk menimbang semula keputusan tersebut.

    Dalam pada itu, mesyuarat malam ini turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa, sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik. Datuk Othman, yang telah lama berkhidmat dalam parti, dianggap sebagai tokoh penting dalam menyumbang kepada hala tuju dan kebijaksanaan kepimpinan UMNO.

    Majlis Kerja Tertinggi juga meminta supaya semua wakil-wakil UMNO dalam Kerajaan Perpaduan sama ada yang memegang amanah parti dalam Jemaah Menteri mahupun Agensi-Agensi dan Syarikat-Syarikat Kaitan Kerajaan mesti terus meningkatkan prestasi kerja dengan cemerlang demi rakyat dan negara kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

    Menurutnya lagi UMNO akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula awal tahun hadapan memfokuskan kepada ilmu-ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

    Dan Ahli Mesyuarat bersepakat meminta supaya segala usaha untuk memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan di kalangan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus dipertingkatkan katanya,

    # Tag
    Berkaitan

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

    Letupan bom berhampiran flat kediaman polis di Kok Kian, Narathiwat

    父临终前 病房内互殴 姐妹花被控上庭

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    DUNIA

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

    10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

    Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

    PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

    Serangan ke atas penduduk Buddha Thai di Kampung Chang Tor, Narathiwat

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas