PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini – PM Anwar

    Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini merupakan peningkatan sebanyak 10.7 peratus berbanding RM230.2 bilion bagi tempoh yang sama pada 2023.

    Beliau berkata nilai ini melibatkan 4,753 projek yang dijangka menjana sejumlah 159,347 peluang pekerjaan baharu.

    “Perkara itu dimaklumkan sewaktu saya mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 8 Tahun 2024 terkait soal prestasi pelaburan,” kata beliau menerusi hantaran di laman X hari ini.

    Perdana Menteri berkata MPN juga bersetuju dan mengesahkan Garis Panduan bagi Pembangunan Pusat Data Mampan yang mengandungi metrik kecekapan Keberkesanan Penggunaan Tenaga (PUE) dan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE).

    Menurut beliau, garis panduan ini akan diguna pakai sebagai syarat kelayakan insentif cukai di bawah Skim Pecutan Ekosistem Digital (DESAC) yang merupakan inisiatif penambahbaikan polisi terkait usaha memacu pelaburan pusat data.

    “Kerajaan MADANI berterusan menambah baik dasar sedia ada dan mewujudkan dasar baharu sebagai langkah meningkatkan daya saing negara,” kata Anwar.

    # Tag

    Berkaitan

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

    Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah