Saturday, June 22, 2024
28.7 C
Kuala Lumpur

Peristiwa memberi pengajaran

Keluarga Dakwa Wanita Bersama Lelaki Mengamuk Mungkin Dipukau

Ibu Muhdalina, Siti Marliah Marjunit mendukung anak suspek, Mia Ratisha, sambil mengawasi Mohd Faiz Khorizmi di hospital Putrajaya.

Keluarga Muhdalina Ahmad yang bersama lelaki mengamuk dengan pedang pedang samurai, Khalil Afandi Abd Hamid mendakwa wanita itu mungkin dipukau.

Suaminya, yang hanya dikenali sebagai Yusof, berkata dia telah berkelakuan ganjil baru-baru ini.

“Saya perasan dia sangat obses tentang lelaki itu walaupun hanya mendapat tahu tentang dirinya melalui blog,” katanya, sambil menambah bahawa dia mengetahui tentang hubungan dalam talian antara isterinya dengan lelaki terbabit.

“Saya rasa dia hanya mengenalinya minggu lepas. Saya tidak fikir dia dengan mudah akan mengikut lelaki itu untuk melakukan perkara-perkara seperti itu. Mungkin dia telah dipukau,” kata Yusof, yang berasal dari Klang yang datang melawat Muhdalina yang sedang dirawat kerana cedera terkena tembakan di hospital dekat sini.

Pekerja di Pelabuhan Klang itu berkata dia dan isterinya tinggal bersama dua anak mereka, Mohd Fariz Khorizmi, 2, dan Ratisha Mia, 1, di Rantau Panjang, Klang.

Pemeriksaan di wad pengasingan hospital mendapati seorang wanita berselendang hitam berbaring di atas katil yang dijaga oleh dua anggota polis wanita. Dia telah diletakkan di bawah reman oleh pihak polis.

Bapanya, Ahmad Adam, penjual nasi lemak berkata keluarganya tidak percaya apa yang Muhdalina lakukan, sambil menambah Muhdalina adalah seorang anak yang baik.

Ahmad Adam

“Walaupun dia merupakan graduan UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), pengetahuannya tentang Islam adalah seperti orang biasa. Kami juga tidak tahu apa-apa tentang lelaki itu sehingga dia menjadi tajuk utama dalam akhbar.

“Saya rasa anak perempuan saya telah terpengaruh dengan lelaki yang mendakwa dirinya Imam Mahadi itu,” kata bapa berusia 55 tahun, sambil menambah Muhdalina, anak kedua daripada empat adik-beradik, telah berhenti bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah syarikat swasta tanpa memberitahu mereka.

“Saya tidak sangka ini boleh berlaku. Anak perempuan saya menjalani kehidupan yang biasa. Mungkin ini berlaku kerana dia suka melayari internet,” katanya.

“Saya minta maaf di atas apa yang dia lakukan,” katanya, sambil menambah bahawa beliau hanya mengetahui kejadian itu selepas diminta untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

++++

+++

Hot this week

[VIDEO] MH199 berpatah balik ke Hyderabad susulan masalah enjin

Syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Hyderabad.

[VIDEO] ICQS Rantau Panjang sesak, rakyat Thailand, Malaysia pulang sempena Aidiladha

Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang mengalami kesesakan sejak 14 Jun 2024, berikutan orang ramai dari Thailand dan Malaysia mula pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Isnin.

[VIDEO] 2 di tahan cuba seludup 69 ekor lembu dari Thailand

Tentera Darat Malaysia (TDM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mematahkan percubaan menyeludup masuk 69 ekor lembu bernilai RM345,000 (S$98,900) dalam operasi yang dijalankan pada Jumaat (14 Jun).

Kompleks Imigresen Padang Besar ‘melimpah’

Suasana di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar mengalami kesesakan luar biasa apabila diserbu warga Thailand yang ingin pulang menyambut Hari Raya Aidiladha hari ini.

Kerja pembinaan jambatan baharu Thailand-Malaysia di Sungai Golok akan dimulakan pada April 2025

Jambatan Berkembar, projek pembinaan besar-besaran di Rantau Panjang-Sungai Golok, dijangka bermula pada April 2025.

Topics

Jet Flydubai membuat pendaratan kecemasan di U-Tapao Thailand

Sebuah pesawat flydubai dari Dubai ke Filipina melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang U-Tapao di Rayong, Thailand pada awal pagi Sabtu 15 Jun 2024 selepas peralatan pendaratannya gagal digunakan.

[VIDEO] Polis tembak mati dua lelaki disyaki penjenayah dalam insiden berbalas tembakan

Dua lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Jalan Abad di sini, petang semalam 14 Jun 2024.

[VIDEO] Kebakaran di pusat beli-belah SkyAvenue Resorts World Genting

Sebuah bangunan di Resorts World Genting di Genting Highlands terbakar petang 14 Jun 2024.
spot_img

Related Articles

Popular Categories

spot_imgspot_img