NASIONALJENAYAH / MAHKAMAH3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

Imbuhan yang diterima juga dipercayai telah diagihkan kepada beberapa pegawai imigresen lain bagi melicinkan urusan kemasukan warga asing.

KUANTAN: Tiga pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan kerana disyaki menerima habuan melebihi RM10 juta, dipercayai bersekongkol dengan sindiket penyeludupan warga asing tanpa melalui pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kesemua suspek yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita ditahan dalam operasi khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang yang dilancarkan semalam di beberapa lokasi berasingan iaitu di Nilai (Negeri Sembilan), Johor Bahru (Johor), dan Kuala Lumpur.

Menurut sumber, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pagi tadi untuk proses permohonan tahanan reman.

Majistret Nor Izzati Zakarian membenarkan semua suspek direman selama tujuh hari hingga 21 April bagi membantu siasatan.

Difahamkan, pegawai imigresen terbabit bertindak sebagai ‘tali barut’ kepada sindiket yang membawa masuk warga asing tanpa melalui prosedur pemeriksaan ketat di KLIA1 dan KLIA2.

Imbuhan yang diterima juga dipercayai telah diagihkan kepada beberapa pegawai imigresen lain bagi melicinkan urusan kemasukan warga asing.

Kegiatan itu dipercayai telah berlangsung sejak tahun 2021 hingga 2024, membabitkan jumlah habuan mencecah jutaan ringgit.

Susulan tangkapan tersebut, SPRM turut merampas wang tunai, barang kemas, serta sedang menyemak beberapa akaun bank milik suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.

Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan sebagai dorongan atau balasan.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami