NGO Desak SPRM Siasat Isu Bas Mewah MB Selangor @Khalid_Ibrahim

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Selasa mendesak supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu bas mewah yang digunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam siri kempen pilihan raya, yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Abdul Khalid masih berhadapan dengan proses mahkamah kerana gagal melunaskan pinjaman bank berjumlah RM67 juta dan tidak mungkin terdapat bank lain yang mahu membiayai beliau untuk membeli sebuah bas mewah berharga kira-kira RM900,000.

“Kami mengesyaki terdapat elemen-elemen penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pembelian, pemilikan dan penyewaan bas ini.

“Kami mencadang dan mendesak SPRM supaya menyiasat dan mendakwa kes ini seadanya,” katanya kepada para pemberita di luar ibu pejabat SPRM di sini, Selasa.

Laporan yang dibuat oleh Hamidzun bersama beberapa NGO itu diserahkan kepada Penolong Penguasa SPRM, Roslan Derauh.

Hamidzun berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan mengenai pembelian bas mewah tersebut sewajarnya sama seperti suruhanjaya itu melaksanakan siasatan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

“Kami memberi tempoh selama 30 hari untuk kes ini diselesaikan. Jika tidak, kami NGO-NGO di Selangor akan mengadakan ‘lawatan sambil belajar’ dengan bilangan yang sangat ramai untuk belajar dengan SPRM tentang bagaimana membuat siasatan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.

Sebelum ini, sebuah laman blog, http://sel13.com menyiarkan laporan mempertikaikan pembelian 50 model lori kompaktor sampah bernilai RM14.5 juta oleh kerajaan PKR Selangor termasuk bas dua tingkat dan trak kontena serba guna untuk parti itu.

Selain itu, blog terbabit turut mempersoalkan kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa bas mewah digunakan parti itu sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah disewa dan dibiayai sepenuhnya oleh beliau tanpa menggunakan wang kerajaan negeri.

Menurut Hamidzun, beliau menuntut jawapan daripada Abdul Khalid berhubung isu bas mewah itu seperti yang pernah didesaknya sebelum ini.

“Pertama, apabila lori kompaktor sampah itu dibeli, kenapa tidak dibuat secara tender terbuka. Kedua, kenapa lori sampah itu dibeli daripada syarikat yang membekalkan bas itu?

“Ketiga, kenapa lori sampah ini tidak dibeli terus dengan ejen syarikat berkenaan yang mempunyai kilang di Rawang. Keempat, beliau perlu menyatakan nama bank yang menyediakan pinjaman untuk bernilai kira-kira RM900,000 untuk membeli sebuah bas,” katanya.

Hamidzun menambah, tuntutan kelima ialah penjelasan Abdul Khalid yang sebelum ini menyatakan bahawa bas tersebut disewa sedangkan pemilik bas itu adalah beliau sendiri.

“Oleh itu, kami mencabar Tan Sri Khalid untuk bersikap telus dalam soal pentadbiran negeri Selangor,” katanya.

Selain GAPS, empat NGO lain yang turut serta adalah Waris Malaya, 4Justice, Jalur Tiga (Jati) dan Gerakan Masyarakat Prihatin Meru (GMP).

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...