Nama Calon Boleh Berubah Pada Saat Terakhir, Kata PM @NajibRazak - pakdin.my

PRU13Senarai calon Barisan Nasional (BN) dan apa jua perubahan yang perlu dilakukan bergantung kepada maklumat terkini walaupun pada saat akhir, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Senarai calon adalah satu proses yang berterusan,” kata beliau ketika ditanya sama ada senarai calon BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 telah dimuktamadkan.

“(Walau bagaimanapun) Sampai saat kita umumkan, sudah tentu proses ini boleh berubah… maknanya, walaupun kita ada senarai, kalau ada input dan maklumat terkini, (ia boleh diubah). Selagi belum diumumkan, nama itu boleh dipindah,” katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti lawatan kerja beliau ke India Jumaat.

Perdana Menteri juga berkata senarai calon BN akan melalui proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dimuktamadkan.

” …di mana kita merujuk nama-nama calon ini kepada SPRM, dan jika mereka mempunyai fail yang masih boleh dipertikaikan, maka mereka tak mungkin lulus tapisan SPRM,” katanya.

“Ini merupakan sesuatu yang sedang kita lakukan pada masa sekarang. Pendirian BN ialah setiap calon mesti melalui tapisan SPRM,” katanya.

Ditanya berhubung tarikh pilihan raya mungkin diadakan, Najib secara berseloroh berkata, “Soalan lain… satu percubaan yang bagus, satu percubaan yang bagus.”

UTAMAPILIHAN RAYANama Calon Boleh Berubah Pada Saat Terakhir, Kata PM @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium