back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Lelaki maut ditetak menggunakan parang hadapan kuil Hindu akibat mabuk

    “Kuil Hindu tersebut mengadakan upacara keagamaan pada petang ini. Sekumpulan lelaki termasuk suspek dan mangsa kemudian berkumpul minum di hadapan kuil selepas upacara itu.

    Sekumpulan lelaki berketurunan India berkumpul di hadapan sebuah kuil Hindu selepas menghadiri upacara keagamaan, namun dua daripada mereka didakwa terlibat dalam pergaduhan.

    Seorang suspek dikatakan pergi dan kembali semula dengan membawa parang sebelum membunuh rakannya!

    Suspek dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian, tetapi polis yang tiba di lokasi untuk menyiasat kes itu dilaporkan telah mengenal pasti identitinya. Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (kerana bunuh).

    Kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam ini di hadapan sebuah kuil Hindu di kawasan pangsapuri Kepong Indah Bistari, Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno, memberitahu media di lokasi kejadian bahawa polis menerima laporan awam pada pukul 9.23 malam mengenai pertengkaran di kawasan berkenaan, lalu segera menghantar anggota ke lokasi.

    “Polis menemui seorang lelaki dengan kesan cederaan parang. Mangsa masih bernyawa ketika ditemui tetapi meninggal dunia tidak lama kemudian. Pasukan perubatan mengesahkan kematiannya,” katanya.

    Menurut siasatan awal, suspek dan mangsa saling mengenali dan sedang minum bersama sebelum dipercayai terlibat dalam pertengkaran yang mencetuskan niat suspek untuk membunuh.

    “Kuil Hindu tersebut mengadakan upacara keagamaan pada petang ini. Sekumpulan lelaki termasuk suspek dan mangsa kemudian berkumpul minum di hadapan kuil selepas upacara itu,” jelasnya.

    Beliau menambah, suspek dikatakan meninggalkan lokasi selepas pergaduhan tetapi kembali semula dengan parang untuk menyerang mangsa sebelum melarikan diri.

    “Berdasarkan siasatan, mangsa berusia 44 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan. Polis telah mengenal pasti suspek dan sedang dalam usaha menangkapnya,” jelas Ahmad Sukarno.

    BACA juga:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Send this to a friend