Tiga Firma Asing Labur RM5.5 Bilion Di Malaysia

Najib with President of The Swiss Confederation Ueli MaurerDAVOS (Switzerland), 25 Jan  — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan potensi pelaburan berjumlah kira-kira RM5.5 bilion ke Malaysia melibatkan tiga buah syarikat asing.

Ia merupakan hasil pertemuan dengan syarikat-syarikat tersebut di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang sedang berlangsung selama lima hari sehingga 27 Jan ini.

Menurut Najib, Itochu Steel Industry telah menunjukkan minat untuk mengadakan usahasama dengan Petronas, syarikat minyak negara, dalam bidang petrokimia di Rapid Pengerang.

“Perkara ini boleh dikatakan hampir menjadi kenyataaan . Ia akan memberi kesan kepada perkembangan projek Rapid Pengerang itu,” katanya kepada wartawan Malaysia, lewat Khamis.

Selain itu, syarikat ini berminat untuk membina sebuah kilang yang akan mengeluarkan paip bersepadu untuk industry minyak dan gas.

Sementara itu, semasa pertemuan bersama Hanwha Group, syarikat itu menyatakan hasrat untuk melabur dalam syarikat pengurusan aset, pembinaan dan syarikat insurans nyawa.

Perdana Menteri berkata konglomerat yang mengambil alih Q-Cells, syarikat Jerman yang mengeluarkan sel fotovoltan (PV) itu dengan nilai RM1.4 bilion, diyakini akan menambah pelaburan pada masa akan datang.

Difahamkan syarikat berkenaan akan melabur sebanyak RM3 billion selama lapan tahun.

Bagi Evonik Industries AG, Najib berkata syarikat ini pula akan menubuhkan syarikat usahasama dengan Petronas juga dalam bidang petrokimia.

“Projek ini boleh dikatakan telah dipersetujui secara prinsipnya. Dalam tempoh setahun ini mereka akan buat kajian lebih terperinci lagi. Kerja-kerja akan bermula pada tahun hadapan,” katanya.

Najib kini dalam rangka lawatan kerja sempena WEF, sehingga 26 Jan ini.

Sementara itu, dalam pertemuan beliau dengan Menteri Kewangan Kanada, James M Flaherty, Perdana Menteri telah menyampaikan ucapan penghargaan kepada kerajaannya di atas kelulusan untuk Petronas membuat pelaburan yang besar melalui Progress Energy.

“Ini merupakan satu pelaburan yang begitu strategik Petronas kerana ia akan menambah jumlah rizab gas dengan ketara yang akan dapat dikuasai oleh syarikat petroleum ini.

“Beliau juga berharap hubungan ekonomi kedua-dua negara akan dapat ditingkatkan lagi,” katanya.

Dalam pertemuan beliau bersama Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Pascal Lamy, Najib berkata pemimpin itu mengucapkan terima kasih kepada Malaysia kerana memainkan peranan yang aktif dan positif untuk menggalakan rundingan ke arah sistem ‘rules base’ atau asas peraturan.

“Beliau juga menghargai usaha kita memulihkan rundingan Doha yang agak terbantut sekian lama.

“Lamy merasakan bahawa rundingan di peringkat pelbagai peringkat ini dulu memberi tumpuan atau aspek-aspek yang boleh membawa kepada persetujuan secara kolektif. Ia termasuk pemudahan perdagangan dalam rundingan pelbagai peringkat kerana pemudahan perdagangan kalau diputuskan akan mengurangkan kos menjalankan perniagaan,” kata Perdana Menteri.

Dalam pertemuan terakhir pada hari pertama lawatan kerja beliau bersama Perdana Menteri Netherland, Mark Rutte, Najib berkata Malaysia diminta untuk mengkaji bagaimana negara kecil tersebut mampu menjadi pengeluar bunga dan hasil pertanian antara yang terbesar di dunia dengan menggunakan teknologi dan secara intensif.

“Saya turut membayangkan kita juga berminat untuk menarik penyertaan Rabobank di Malaysia… bank yang terlibat dalam bidang pertanian,” katanya.

Advertisement

spot_img

FutureDial automation solutions process more than 231 million preowned mobile phones...

FutureDial Incorporated has announced its robotics and automation...

Peladang sawit Malaysia raih manfaat daripada peraturan eksport baharu Indonesia

Peladang sawit Malaysia meraih manfaat daripada dasar eksport...

KDNK China cecah RM75.4 trilion

Perdana Menteri dan menteri Malaysia masih bercakap pasal...

Suasana Fú sambut pengunjung di Sunway Pyramid

Menjelang kedatangan Tahun Harimau, pelanggan terutama yang meraikan...

Ekonomi : Anak syarikat Awanbiru peroleh projek bernilai RM76 juta daripada...

Anak syarikat Awanbiru Technology Bhd (Awantec), Awantec Systems...

Bajet terbesar, tapi bagaimana ia akan dibiayai?

Seorang pensyarah kanan mempersoalkan daripada mana kerajaan akan...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...