BERITAAzalina: Hormati pilihan politik peribadi Zafrul, tetapi jawatan menteri berdasarkan mandat parti

Azalina: Hormati pilihan politik peribadi Zafrul, tetapi jawatan menteri berdasarkan mandat parti

Jawatan menteri kabinet dipegang berdasarkan mandat parti politik yang diwakilinya, bukan secara peribadi.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan UMNO menghormati kebebasan pilihan politik peribadi, tetapi menegaskan jawatan menteri kabinet dipegang berdasarkan mandat parti yang diwakili, bukan secara individu.

“Walaupun Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Perpaduan, setiap menteri yang dilantik adalah wakil rasmi parti masing-masing.”

Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Pembaharuan Institusi) dalam kenyataannya hari ini menekankan komitmen UMNO untuk terus berkhidmat dalam kerangka Kerajaan Perpaduan serta mengekalkan amanah rakyat.

Beliau menyeru semua ahli dan penyokong UMNO agar terus memberi tumpuan kepada pembangunan negara, sambil menegaskan pendirian politik peribadi mungkin berubah, tetapi tekad parti memperjuangkan agama, bangsa dan negara harus tetap kukuh.

Tambahnya, Unit Undang-Undang UMNO telah diarah mengkaji implikasi Akta Lompat Parti, termasuk status Senator, bagi memastikan sebarang tindakan selanjutnya mematuhi kerangka undang-undang.

Pada 30 Mei lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Tengku Zafrul Abdul Aziz mengumumkan peletakan jawatan dari Majlis Tertinggi UMNO, Ketua Bahagian Kota Raja dan keahlian biasa, sambil menyatakan hasrat menyertai PKR.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Zahid Hamidi Garis Formula ‘AKAR’, Tegaskan Sejarah Bukan Senjata Politik & Tolak Label Melayu ‘Pendatang’

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami