NASIONALNAHAS & BENCANAYPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB...

YPM salur RM1,000 kepada keluarga pelajar UPSI mangsa nahas di JRTB – Asyraf Wajdi

"Hari ini saya berkesempatan mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan.

Yayasan Pelajaran MARA (YPM) menyalurkan bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 kepada waris pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berdekatan Tasik Banding, Gerik, awal pagi Isnin.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata bantuan itu bertujuan meringankan beban keluarga mangsa.

“Hari ini saya berkesempatan mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menziarahi mangsa kemalangan bas melibatkan pelajar-pelajar UPSI di JRTB dan menyampaikan bantuan.

“Jadi harapnya sumbangan RM1,000 secara segera ini dapat mengurangkan bebanan keluarga-keluarga yang datang hari ini untuk menziarahi mangsa kemalangan yang cukup menyayat hati kita semua,” katanya dalam catatan di Facebooknya hari ini.

Sebanyak 15 pelajar UPSI maut dalam kejadian membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah Perodua Alza pada kira-kira 1.10 pagi di JRTB, berdekatan Tasik Banding, Gerik.

Semasa kejadian, bas berkenaan yang membawa 42 pelajar UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju ke kampus universiti di Tanjung Malim, Perak.

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami