7,531 Bilik Gerakan PDM BN Mula Beroperasi Hari Ini #BN4Malaysia - pakdin.my

PRU13Sebanyak 7,531 Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Barisan Nasional (BN) di 222 kawasan parlimen seluruh negara mula beroperasi hari ini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Setiap PDM itu perlu menjalankan tugas dalam mengumpul data dan carta pilihan raya.

Paling penting mereka melakukan semakan terhadap daftar pengundi terkini dan mengenalpasti pengundi berkenaan sama ada putih, kelabu atau hitam atau pengundi luar.

PDM untuk pilihan raya umum ke-13 dibuka lebih awal, berbeza sebelum ini apabila ia hanya dibuka selepas pembubaran Dewan Rakyat.

Semua PDM BN mesti dihias dengan bendera BN dan terpulang kepada ketua PDM untuk menentukan waktu operasi sama ada perlu menjangkau sehingga malam.

Bilik gerakan PDM boleh meneruskan pelaksanaan kerja-kerja jalinan rakyat dengan melakukan ceramah kecil-kecilan secara berkelompok, mengadakan lawatan ke rumah-rumah dan aktiviti-aktiviti tertentu.

UTAMAPILIHAN RAYA7,531 Bilik Gerakan PDM BN Mula Beroperasi Hari Ini #BN4Malaysia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium