BERITAPOLITIKUMNO tegaskan komitmen pertahan Institusi Raja

UMNO tegaskan komitmen pertahan Institusi Raja

Mesyuarat memutuskan bahawa satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan perlu diadakan bagi merungkai isu-isu yang melibatkan prinsip perjuangan parti masing-masing

KUALA LUMPUR, 29 April 2026 – Mesyuarat Biro Politik UMNO Malaysia yang berlangsung pada 29 April 2026 bersamaan 11 Zulkaedah 1447H telah menegaskan pendirian parti untuk terus berpegang teguh kepada asas Perlembagaan UMNO menurut Fasal 3.1, iaitu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu sebagai tonggak kedaulatan negara.

UMNO Malaysia memandang serius perkembangan mutakhir yang melibatkan krisis Institusi Raja dan Adat Negeri Sembilan sehingga mencetuskan polemik besar serta salah faham dalam kalangan komponen parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri tersebut.

Mesyuarat turut mendengar penjelasan daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berhubung tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional yang hilang kepercayaan terhadap YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Tindakan itu dikaitkan dengan sikap beliau yang didakwa membelakangkan Institusi Adat dan Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.

Walau bagaimanapun, UMNO Malaysia menegaskan pendirian untuk menghormati keputusan ADUN Barisan Nasional yang kekal hilang kepercayaan terhadap Menteri Besar, namun tetap menyokong Kerajaan Perpaduan demi memastikan kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan terus terpelihara.

Selain itu, mesyuarat memutuskan bahawa satu pertemuan segera antara Biro Politik UMNO dan Biro Politik Pakatan Harapan perlu diadakan bagi merungkai isu-isu yang melibatkan prinsip perjuangan parti masing-masing. Langkah ini adalah selaras dengan Klausa 5(c) Perjanjian Persefahaman dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan, yang menuntut agar segala isu dasar diselesaikan melalui Majlis Perundingan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Benarkah nak membantu Tabung Haji? Kenapa ini yang berlaku? di mana sifat amanah?

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami