#CerobohSabah: Pembangkang Mesti Henti Politikkan Isu Lahad Datu – @NajibRazak - pakdin.my

lahaddatu-ketibaanjenazah2KANGAR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengecam keras pembangkang kerana menuduh Umno dan Barisan Nasional (BN) terlibat dalam krisis Lahad Datu.

Perdana Menteri berkata, dua anggota keselamatan negara terkorban ketika mempertahankan negara dan adalah tidak berperikemanusiaan bagi pihak pembangkang untuk memperkecilkan pengorbanan wira negara.

“Dua wanita kini menjadi janda dan anak-anak mereka akan membesar tanpa bapa kerana Inspektor Zulkifli Mamat dan Kopral Sabaruddin Daud meninggal dunia ketika bertugas melindungi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.

“Bagaimana pembangkang boleh mencemuh pengorbanan mereka dan mengatakan bahawa Umno di sebalik drama ini. Ini adalah satu pembohongan terang-terangan.

“Beritahu saya yang berada dalam fikiran waras mahu ‘bersandiwara’ dalam drama ini walaupun mengetahui nyawa mereka dalam risiko.

“Pembangkang mesti berhenti mempolitikkan isu tersebut. Rakyat perlu tolak pembangkang sebini kerana tidak mempunyai rasa hormat kepada wira negara,” kata Najib ketika melancarkan program Jelajah Janji Ditepati pada Ahad.

Pada Jummat, menerusi kenyataan di portal Keadilan Daily, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua mendakwa insiden tembak menembak di Lahad Datu merupakan konspirasi Umno bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

UTAMABERITASABAH#CerobohSabah: Pembangkang Mesti Henti Politikkan Isu Lahad Datu - @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium