UtamaBORNEOSABAH#CerobohSabah: Bekas Tentera Minta...

#CerobohSabah: Bekas Tentera Minta Blogger Bantu Jaga Rahsia Pasukan Keselamatan - pakdin.my

Soldiers guarding one of the roads leading to the Simunul village in Semporna as the villagers flee from the fighting
Kembali tenang – Pasukan keselaman mengawal perkampungan Simanul

KUALA LUMPUR  — Tiga bekas pegawai tentera menggesa rakyat menyokong usaha pihak berkuasa menangani pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, serta menjaga kerahsiaan pergerakan pasukan keselamatan negara.

Mejar (B) Wan Hashim Wan Ahmad yang pernah berkhidmat di Bosnia Herzegovina berkata orang ramai tidak sepatutnya mempertikai apa jua langkah yang diambil pasukan keselamatan untuk menyelesaikan krisis itu.

“Orang ramai termasuk blogger-blogger politik diminta beri kerjasama dan jangan mengeluarkan kenyataan negatif yang akan memecah belahkan masyarakat. Jika benar insiden ini ada kaitan dengan orang luar, ternyata musuh negara sudah berjaya memesongkan moral kita,” katanya kepada Bernama.

Sokongan juga bermaksud menjaga kerahsiaan negara dan tidak terlalu ghairah membuat mengemaskini pergerakan tentera, polis serta gambar-gambar operasi pasukan keselamatan di Sabah, katanya.

Beliau juga meminta rakyat yang mempunyai rakan di kalangan anggota keselamatan supaya tidak lagi memaparkan kandungan mesej pesanan ringkas di dalam laman sosial seperti Facebook atau Twitter.

“Maklumat seperti ini semua boleh disalah guna, ada individu tertentu yang membuat ‘print screen’ paparan sms dengan menyiarkan nombor telefon pegawai polis yang sedang terlibat dalam operasi memburu pengganas di sana, bayangkan jika maklumat ini disalah gunakan,” katanya.

Blogger Komando Kedai Kopi yang lebih dikenali sebagai Mejar (B) Naza Talib turut menyeru orang ramai agar terus memberikan sokongan kepada polis dan tentera tanpa perlu mempertikai pasukan mana yang lebih berhak menangani isu itu.

Tidak perlu timbul perbalahan pasukan mana yang terbaik untuk menangani krisis ini kerana masing-masing mempunyai bidang perundangan sendiri, katanya.

“Jika keadaan ini melarat, ada kemungkinan pihak tentera akan campur tangan terus. Sokongan harus juga diberikan kepada kerajaan kerana soal keganasan yang ditimbulkan orang-orang Sulu ini sangat kompleks kerana melibatkan mereka yang telah tinggal lama di Sabah,” katanya kepada Bernama.

Beliau turut memuji keberanian pasukan polis berhadapan dengan pengganas Sulu yang bersenjata automatik dan mempunyai pengalaman perang gerila selama bertahun-tahun dalam hutan di Filipina.

Seorang pesara bekas tentera berpangkat Mejar yang tidak mahu namanya dikenali yakin negara mempunyai kelebihan dari segi taktikal dan strategi.

“Kita tahu kedudukan mereka, lokasi mereka, ini adalah satu kelebihan sebagai contoh, mungkin kita boleh memotong bekalan utiliti seperti elektrik, air dan sebagainya, supaya mereka tidak dapat bertahan lama,” katanya.

Beliau dalam pada itu turut mengutuk kenyataan naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang menuduh insiden pencerobohan itu sebagai sandiwara Umno.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...