UtamaBORNEOSABAHIC Palsu - Siti...

IC Palsu – Siti Aminah Bekas Tahanan ISA Kerana Perdagang IC Biru Kantoi Berbohong #AutaPKR - pakdin.my

500,000 IC Biru kononnya telah di beri.Bilangan pengundi Sabah:
1990 – 543,612
1995 – 646,719
Menapa tidak pengundi Sabah 1995 berjumlah 1,043,612 ( 553,612 + 5000,00)
2012 – 926,638
Tun Datu Mustapha tidak pernah menjadi Ketua UMNO Sabah.
Tun Sakaran Dandai Ketua UMNO Sabah yang pertama.

KOTA KINABALU : Bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh berkata dakwaan 500,000 kad pengenalan (KP) biru diberikan kepada pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah pada awal 1990-an oleh Tun Datuk Mustapha bukan saja palsu, tetapi mengarut.

“Tun Mustapha adalah seorang yang sangat sibuk. Saya boleh menjamin bahawa beliau, sama seperti mana-mana pemimpin lain, cuba membantu orang menjadi rakyat negara ini. Bagaimanapun, ini tidak bermakna Tun Mustapha akan mengarahkan permohonan dan pengeluaran 500,000 kad pengenalan dengan begitu saja,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Pertama, Harris berkata Tun Mustapha tidak pernah dilantik sebagai Ketua Umno Sabah kerana apabila kerana apabila parti itu melebarkan sayapnya ke Sabah, Tun Sakaran Dandai yang dilantik sebagai Ketua Umno Sabah.

Kedua, beliau berkata, mustahil kalau bukan tidak praktik untuk mencari 500,000 orang untuk memenuhi borang pendaftaran rakyat.

“Ketiga, walaupun 500,000 borang atau permohonan dikemukakan pada Jabatan Pendaftaran Negara, keputusan muktamad untuk memberi kelulusan terletak dalam tangan Kementerian Dalam Negeri.

Rekod menunjukkan bahawa pada 1990 terdapat 543,612 pengundi dan pada 1995 bilangannya hanya kira-kira 646,719; iaitu satu peningkatan 103,107 pengundi.

Oleh itu, katanya, jika apa yang dikatakan Siti Aminah Mahmud itu benar maka jumlah pengundi pada 1995 sepatutnya sekitar 1,043,612.

“Buat masa ini Sabah mempunyai 926,638 pengundi seperti dilaporkan oleh The Star. Jadi di manakah logiknya dakwaan Siti Aminah itu?” katanya.

Siti Aminah yang bekerja sebagai sukarelawan untuk Allahyarham Mustapha mendakwa dia memaklumkan oleh beliau bahawa 500,000 KP biru dikeluarkan untuk menjatuhkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR Kuala Lumpur, dia laporkan mengatakan Mustapha memberitahunya, bahawa ia satu projek Tun Dr Mahathir Mohamad jadi mereka tidak harus bimbang akan ditangkap.

Angka yang diambil daripada rekod rasmi jelas menunjukkan bahawa kenyataan Siti Aminah itu palsu dan tidak benar,” kata Harris.

“Cukuplah. Masanya sudah tiba untuk pihak berkuasa menyiasat semua dakwaan tidak berasas ini termasuk apa yang dilaporkan dalam akhbar tentang keterangan pelbagai saksi, untuk kesalahan jenayah, khasnya membuat kenyataan palsu,” katanya.

Dalam sebuah negara berbilang kaum, adalah berbahaya untuk memberi maklumat palsu, khasnya berbaur perkauman.

“Saya meminta polis menyiasat semua dakwaan ini, jika tidak benar, mereka yang membuatnya harus didakwa. Ada undang-undang di Malaysia dalam mana orang seperti ini boleh didakwa.

“Kita tidak boleh membiarkan orang ini membuat kenyataan sewenangnya tanpa berkata benar atau mereka hanya mereka hanya mahu membuat kenyataan untuk membangkitkan emosi orang rami,” katanya. (DE)

 

‘500,000 pendatang terima IC biru atas arahan Mustapha Harun’

Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994.
Siti Aminah berkata dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994.

PETALING JAYA, 28 Feb – Bekas ahli Umno mendakwa kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) diberikan kepada pendatang dari Filipina dan Indonesia di Sabah sekitar awal 1990an atas arahan Ketua Umno Sabah ketika itu,Tun Datu Mustapha Harun.

Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di Pejabat Umno di Kota Kinabalu hari ini berkata, Mustapha, yang menjawat jawatan ketua menteri pada 1967 hingga 1975, berkata kepadanya, IC berkenaan diberikan untuk menyingkirkan kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Datu Mustapha kata ini projek (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Jangan takut kena tangkap,” kata Siti Aminah ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, merujuk kepada perbincangan Mustapha kepadanya dan juga ahli Umno di Kota Kinabalu pada 1990.

“Datu Mustapha kata ia untuk meningkatkan pengundi Melayu untuk menjatuhkan PBS,” kata wanita berusia 62 tahun itu lagi.

Jelas Siti Aminah, dia bersama ahli Umno yg lain bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua kampung untuk mengeluarkan 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia pada 1990 ke 1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, dan Semporna.

Tambahnya, dia ditahan di bawah Akta Dalam Negeri (ISA) pada 1995 hingga 1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.

Pilihan Raya Negeri Sabah pada 1994 menyaksikan PBS hanya memenangi 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Namun beberapa wakil rakyat PBS kemudiannya menyertai Barisan Nasional (BN) menyebabkan kerajaan itu tumbang.

Mustapha, yang merupakan pengasas parti  United Sabah National Organisation (USNO), dianggap sebagai parti bapa kemerdekaan Sabah kerana rundingan berkenaan kebebasan negeri tersebut pada 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 ketika berumur 76 tahun.

USNO menyertai Berjaya, diketuai bekas Ketua Menteri Sabah  Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS menewaskan Berjaya pada 1990.

Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat sejak 1981 hingga 2003 dituduh menjadi dalang kepada skandal “Projek IC”, yang mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka mengundi.

Beliau pada sidang media bulan lalu mengakui pendatang di Sabah diberikan kerakyatan, namun menegaskan ianya dilakukan mengikut “prinsip undang-undang.”

Harris, yang mentadbir negeri tersebut sejak 1976 hingga 1985 bagaimanapun membuat penafian ketika Inkuiri Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing di Sabah dalam “Projek IC”.

Lebih satu suku daripada populasi di Sabah adalah pendatang asing, sekitar 889,000 daripada 3.2 juta populasi keseluruhan di Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian pada 2010.

Sabah mempunyai 926,638 pengundi berdaftar, berdasarkan laporan akhbarThe Star pada Jun lalu.

Siti Aminah berkata, satu no kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 hingga 30 orang.

“Satu alamat digunakan 20 orang,” katanya.

“Di satu-satu kawasan, akan ada ketua yang akan menghimpunkan orang ramai. Bila kami tiba, kami akan dapatkan nama mereka. Kami tidak bertanyakan agama mereka. Kami hanya melihat jika mereka mempunyai nama Muslim. Jika tidak, kami akan menukarkannya, dan mengambil gambar serta cap ibu jari kemudian menghantarnya ke pejabat Umno,” tambahnya.

Kad pengenalan biru itu jelas Siti Aisyah akan diserahkan dalam tempoh sebulan dan dihantar dalam karung kepada ketua kampung.

“Kami akan mengarahkan ketua kampung,’Tok, arahkan penduduk kampung mengundi Umno,” katanya.

Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR berkata beliau tidak mengetahui sekiranya pendatang berkenaan diberikan bayaran untuk IC tersebut.

Pegawai atasan Cawangan Khas Supt Ahmad Fauzan Mohamad dalam testimoninya di RCI minggu lalu berkata sindiket yang melibatkan Pengarah JPN ketika itu mengaut sejumlah RM11 juta daripada penjualan IC kepada pendatang terbabit.

Katanya lagi, tiada seorang pun daripada 94 individu berkenaan, yang ditahan di bawah ISA bermula 1995 hingga 2001 kerana penglibatan mereka dibicarakan di mahkamah.

Siti Aminah berkata lagi, dirinya masih belum dipanggil untuk memberi keterangan dalam RCI.

Beliau turut menegaskan nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan perdana menteri tidak pernah disebut dalam “Projek IC.”

“Anwar menentang Datu Mustapha dan Megat Junid dalam Projek IC,” katanya.

Siti Aminah berkata, menurut Mustapha, “Projek IC” di bawah Haris diberikan kod “03” dan “04”, manakala “05” ketika pemerintahan Dr Mahathir.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...