32 Lagi Anggota Penceroboh Ditumpaskan Di Kampung Tanjung Batu #OpsDaulat - pakdin.my

ops_daulat-7-3-8LAHAD DATU — Seramai 32 anggota kumpulan penceroboh bersenjata Filipina terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di kawasan ‘ground zero’ di Tanjung Batu, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis percaya antara yang ditembak dalam pertempuran itu pada pukul 11.30 pagi ialah seorang ketua kumpulan berpangkat jeneral.

“Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi di Tanjung Batu kami percaya 31 musuh tumpas manakala seorang lagi musuh tumpas dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi.

“Tiada anggota keselamatan yang cedera,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain pada pukul 5 petang ini di Felda Sahabat 16 di sini.

Ismail berkata pasukan keselamatan memperluaskan kawasan operasi itu sejak semalam untuk menjejaki saki baki kumpulan yang dipercayai masih berada di dua tempat iaitu Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata keseluruhan musuh yang ditumpaskan sejak Jumaat lepas ialah 52 orang iaitu melibatkan kejadian di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu serta di Kampung Simunul, Semporna.

“Kawasan Kampung Tanduo dan Tanjung Batu masih dalam kepungan anggota pasukan keselamatan,” katanya.

Zulkifeli pula berkata pasukan keselamatan yang menjalankan operasi susulan dan penggeledahan itu diminta sentiasa berhati-hati bagi memastikan tiada anggota yang cedera.

“Biar makan masa sedikit…ia usaha untuk mengelak perkara tak diingini berlaku,” katanya.

UTAMABERITASABAH32 Lagi Anggota Penceroboh Ditumpaskan Di Kampung Tanjung Batu #OpsDaulat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium