NASIONALSABAHFilipina Pintas Bot Bawa 80 Penumpang Larikan Diri Dari Sabah

Filipina Pintas Bot Bawa 80 Penumpang Larikan Diri Dari Sabah

Filipina Pintas Bot Bawa 80 Penumpang Larikan Diri Dari SabahDua bot bermotor yang sarat dengan kira-kira 80 penumpang telah dipintas semasa memasuki perairan Filipina dari Sabah, ‘Philippine Inquirer’ melaporkan, Jumaat.

Kapten Tentera Laut Rene Yongque dari Task Force 62 di Tawi-Tawi berkata kakitangan di atas kapal peronda melihat dua buah bot sekitar pukul 9.00 pagi dan mengiringi mereka ke Bongao di Tawi-Tawi.

Beliau berkata di dalam bot itu adalah warga Filipina yang melarikan diri dari Sabah dan bukan pengikut Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu.

“Mereka dengan segera dihantar kepada Pasukan Petugas Basulta untuk krisis di Sabah bagi proses selanjutnya. Saya ulangi, mereka tidak bersenjata dan mereka bukan pengikut Kiram. Mereka hanya orang biasa,” katanya.

Sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, berhampiran Lahad Datu di pantai timur Sabah sejak 9 Februari lalu.

Pada Selasa, angkatan tentera dan polis Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap kumpulan lelaki bersenjata, dipercayai menjadi pengikut Kiram.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami