NASIONALSABAHGuru hina pasukan keselamatan digantung tugas

Guru hina pasukan keselamatan digantung tugas

KOTA BHARU – Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan Hussain Awang.

“Tindakan ke atas guru terbabit berkuatkuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis,” kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilapor membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai “anjing” dan menganggap kematian mereka sebagai “mati katak” dalam laman sosial Facebooknya.

Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.

Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami