UtamaBORNEOSABAHKes Bukan Soal Suku...

Kes Bukan Soal Suku Tetapi Soal Pengganas – Peguam Negara #LahadDatu - pakdin.my

 Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberi kawalan ketat ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberi kawalan ketat ketika keluar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu

TAWAU  — Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa kes lapan rakyat Filipina yang didakwa di Mahkamah Tawau Khamis bukan persoalan kaum tetapi soal aktiviti pengganas.

Beliau berkata dalam soal undang-undang, bukan suku kaum yang dilihat, sebaliknya kesalahan individu atau kumpulan terbabit sama ada menyalahi undang-undang ataupun tidak.

“Bagi saya, ini bukanlah persoalan kaum, sebaliknya ini adalah persoalan pengganas. Jangan lupa, orang kita (Melayu) pun ada. Contohnya Yazid Sufaat yang didakwa terhadap pertuduhan menggalakkan keganasan bagi mengugut orang awam di Syria.

“Dalam undang-undang kita tidak tengok dari segi itu (suku kaum). Saya tidak terkejut jika orang lain (suku lain) pun ada masuk (kumpulan pengganas),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau di sini hari ini apabila diajukan soalan sama ada kelapan-lapan tertuduh dalam insiden pencerobohan Sabah itu daripada kaum Suluk atau sebaliknya.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Ketua Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mamah, timbalannya ACP Mohd Shariff Wahid dan Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah.

Abdul Gani berkata setiap orang mahukan keadilan dan sesiapa yang patut dihukum perlu dihukum.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mahkamah kerana memahami kepentingan kes pendakwaan ke atas lapan tertuduh Filipina dengan mempercepatkan pendengaran kes.

Beliau juga memuji anggota keselamatan yang sentiasa bersedia dan prihatin dalam soal keselamatan.

“Kalau kita lihat (masa) kita nak tuduh pun begitu ramai polis berkawal. Kita juga hendak anggota polis ini menjaga keamanan. Jadi kita perlu perkara ini dipercepatkan,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...