BERITALahad Datu : Suara anggota polis dikenal pasti dalam pintasan perbualan telefon

Lahad Datu : Suara anggota polis dikenal pasti dalam pintasan perbualan telefon

Lahad Datu : Suara anggota polis dikenal pasti dalam pintasan perbualan telefon
KOPERAL Hassan Ali Basari, 55, diiringi anggota polis dengan kawalan ketat untuk dibawa menghadiri perbicaraan pada hari ke dua di Mahkahmah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini selepas dituduh sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas ketika kejadian pencerobohan di Lahad Datu

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu suara dalam dua perbualan telefon yang dipintas dikenal pasti sebagai suara anggota polis yang sedang dibicarakan bagi kesalahan berkaitan pencerobohan pengganas Sulu di pantai timur Sabah.

Saksi kedua yang dilindungi itu berkata beliau mengecam suara Detektif Korporal Hassan Ali Basari dalam komunikasi yang dipintas sebelum ini di mana tertuduh memperkenalkan identiti dirinya.

Hassan dari Semporna dituduh dengan sengaja menyembunyikan maklumat mengenai kegiatan keganasan di pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Saksi berkenaan berkata pada 2 Mac tahun ini, Hassan dihubungi seorang lelaki Sabah jam 7.37 malam untuk bertanyakan jika satu peperangan sudah berlaku dan Hassan mengiyakannya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] GRS Kemungkinan Besar Tidak Tanding PRK DUN Lamag, Parlimen Kinabatangan – Hajij

PRN Sabah 2025: STAR, SAPP bertanding guna logo sendiri

PRN Sabah 2025: Hajiji seorang Ketua Menteri yang agak malang

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami