BERITAEKONOMIKewangan Malaysia antara paling kukuh

Kewangan Malaysia antara paling kukuh

Kesan Perkembangan Luaran Kepada Ekonomi Malaysia
Kesan Perkembangan Luaran Kepada Ekonomi Malaysia

 Keadaan kewangan Malaysia merupakan antara yang paling kukuh di dunia pada hari ini kerana pengurusan sistem kewangannya yang berhemat, kata pakar pelaburan terkemuka, Dr. Marc Faber.

“Tidak seperti bank-bank AS, bank Malaysia teguh dan mereka tidak terlibat dalam derivatif atau pertaruhan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat pembentangan bertajuk “Investment Strategy – Where’s the Money?” di sini, hari ini.

Faber, penerbit laporan popular Gloom, Boom & Doom berkata, meskipun prospek negatif oleh Fitch Ratings ke atas Malaysia baru-baru ini, negara ini berkedudukan lebih baik berbanding negara-negara sedang pesat membangun lain.

Apabila diberikan pilihan antara ekuiti AS dan Malaysia, Faber menyatakan ia lebih berminat pada ekuiti Malaysia.

“Ekuiti Malaysia tidak menarik. Tetapi ia stabil, disokong oleh ekonomi seimbang ditambah dengan tiada risiko negatif utama,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Analisis Impak Inflasi Makanan terhadap B40 (Mei 2026)

YTL Communications Lancar Tawaran Prabayar 5G Advanced Melalui Yes

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami