BERITAJutaan Jemaah Haji Bergerak Ke Arafah Menjelang Hari Wukuf Esok

Jutaan Jemaah Haji Bergerak Ke Arafah Menjelang Hari Wukuf Esok

Jutaan Jemaah Haji Bergerak Ke Arafah Menjelang Hari Wukuf Esok

Jutaan Jemaah Haji mula bergerak ke Padang Arafah hari ini, menjelang hari Wukuf esok.

Pergerakan Jemaah Haji Malaysia yang diketuai, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula diatur secara berperingkat, bermula 11 pagi waktu tempatan sehingga malam ini dengan menaiki bas.

Tabung Haji turut berharap dapat membawa semua Jemaah Malaysia ke Muzdalifah selewat-lewatnya jam 11 malam bagi membolehkan mereka berehat sebelum bertolak ke Mina.

Ketika melaksanakan wajib Haji, Melontar Jamrah, Jemaah Malaysia lazimnya berbuat demikian pada sebelah malam kerana pada waktu itu ia kurang sesak.

Selesai melontar, bermabit dan bertahlul di Mina, mereka akan kembali ke Makkah untuk melakukan Tawaf Rukun diikuti Saie antara Bukit Safa dan Marwah.

Wukuf merupakan Rukun Haji yang berlangsung pada 9 Zulhijjah.

Jemaah perlu melaksanakannya dengan berada di Arafah walau hanya untuk seketika.

Bagi Jemaah Haji yang sedang sakit, Pasukan Perubatan Tabung Haji membawa mereka ke Arafah menggunakan ambulans.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami