UtamaEKONOMIBajet 2014: Hadi...

Bajet 2014: Hadi Minta Kerajaan Tumpukan Pada Orang Kaya - pakdin.my

Najib-BUDGET-2014

Harakahdaily melaporkan bahawa Pakatan Rakyat akan membentangkan Belanjawan 2014 di Bangunan Parlimen esok, iaitu tiga hari lebih awal daripada pembentangan belanjawan kerajaan. Portal rasmi PAS itu juga kemudiannya menulis “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan belanjawan kerajaan pada 25 September ini.”

Seperti biasa, portal tersebut berada dalam khayalan sehingga tidak menyedari bahawa bulan September pun telah berlalu.

Presiden PAS, Hadi Awang juga pastinya berada dalam dunia khayalan yang sama apabila ‘menegur’ BN kerana tidak merujuk kepada rakyat pembayar cukai setiap kali membentangkan belanjawan. Oleh itu, menurut Hadi Awang, kerajaan perlu terlebih dahulu merujuk kepada rakyat pembayar cukai dalam menyediakan bajet negara agar tidak membebankan golongan itu.

Hadi juga berkata, berlaku ketirisan dan juga pembaziran yang tidak wajar dalam bajet kerajaan, di tambah pula dengan berlakunya situasi tidak dijangka seperti insiden Lahad Datu. Namun, umum tahu bahawa insiden Lahad Datu telah lama dijangka oleh Anwar Ibrahim melalui lagunya ‘Sabah nak hilang’ beberapa bulan sebelum ia berlaku. Ini bermakna, Anwar boleh mengelaknya jika beliau benar-benar prihatin dengan kedaulatan negara.

Mungkin Hadi tidak menyedari bahawa bukan semua rakyat adalah ‘pembayar cukai’.

Pastinya majoriti puak-puak PAS tegar yang 24 jam ke hulu ke hilir berpolitik dan menghadiri ceramah, tanpa kerja tetap tetapi asyik makan duit derma atau duit isteri yang kerja kerajaan, bukanlah pembayar cukai. Selebihnya, puak-puak PAS ini berada dalam Jabatan kerajaan dengan gaji rendah dan tidak membayar cukai juga. Hanya segelintir sahaja yang bekerja swasta dengan gaji tinggi sedikit atau berniaga, yang mana membayar cukai.

Tahukah Hadi kenapa jadi begini? Ini kerana sikap orang-orang PAS itu sendiri yang enggan belajar bersungguh-sungguh, malas dan lebih gemar hidup ditanggung isteri atas alasan ‘perjuangan Islam’.

Faktor kedua ialah kerana rakyat yang membayar cukai yang majoritinya kaum Cina, enggan memberi peluang dan sengaja menindas orang-orang Melayu agar tidak mampu bersaing dengan mereka dan seterusnya tidak mampu membayar cukai.

Justeru, sekiranya ‘nasihat’ Hadi Awang digunapakai, iaitu meminta pandangan Cina pembayar cukai terbanyak dalam menyediakan bajet negara, maka alamatnya, mereka hanya akan memberi pandangan yang menguntungkan golongan korporat dan juga peniaga besar seperti mereka sahaja. Dalam kata lain, semakin tertekan dan tertindaslah golongan miskin dan sederhana.

Keadaan ini telah pun berlaku di negeri-negeri yang diperintah PR di mana polisi ‘keterbukaan’ telah memperlihatkan bagaimana bangunan perniagaan yang dulunya didominasi Melayu terpaksa menaikkan harga sewa semata-mata untuk menjaga kepentingan, atau sekadar menjaga hati pembayar cukai.

Sebaliknya, kerajaan BN mengambil pendekatan yang lebih prihatin dan tidak mementingkan keuntungan pantas semata-mata. Adalah lebih baik meletakkan sasaran keuntungan jangka panjang dari segi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat bagi menjamin kekukuhan negara. Rakyat golongan miskin dan sederhana perlu dibantu agar dapat memajukan ekonomi keluarga, dan seterusnya menyumbang kepada kekukuhan negara di masa depan.

Untuk pengetahuan Hadi, pendekatan inilah yang membawa Malaysia ke tahap ini. Jika kerajaan terus menerus mementingkan hanya golongan kaya dalam Bajet negara, tragedi seperti 13 Mei mungkin boleh disaksikan secara bersiri.

Kesimpulannya, menggunakan Melayu yang tidak bijak seperti Hadi Awang untuk menekan kerajaan agar menggubal dasar yang lebih menguntungkan mereka adalah antara strategi halus Cina si pembayar cukai terbanyak ini. Sedih sekali melihat bagaimana Hadi ditunggang DAP bagi mencapai matlamat kaum Cina.

Daripada Hadi cuba mengajar kerajaan, adalah lebih baik Hadi menegur DAP yang menindas Melayu di Pulau Pinang terlebih dahulu. Atau, apakah Hadi sudah tidak peduli akan nasib Melayu lagi hanya kerana mereka bukanlah pembayar cukai tertinggi?

Entah sampai bila Hadi akan sedar bahawa beliau hanyalah kuda tunggangan semata-mata.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...